Friday, 20 May 2016

Tasawuf p

Kuliah Dhuha Syeikh
Jumaat 20Mei2016
13 Syaaban 1437

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسو ل لله

 Kata penyair..
Tanggalkan dua kausmu (ilmu dan amal) dengan sebenar2nya...
Dan sunyikan lah atau kosongkan dalam hatimu dua alam.. dunia dan akhirat

 Katanya lagi...
Betapa Dia akan hilang ghaib sedangkan tidak ada wujud yang lain selain Dia saja, tetapi oleh sebab terlalu tampak terang nya Dia menjadikan Dia tersembunyi

 Kata Syeikh Abi Madyan..
Sesiapa yang sudah mentahkikkan (sudah sempurna)makam ubudiyah, akan melihat kepada amalnya dengan pandangan (adanya ciri2) riyak, haalnya dengan pandangan adanya dakwaan dan perkataan dengan pandangan (ada ciri2) pembohongan

 Tiga tanda yg membuktikan seseorang benar2 telah sempurna ubudiyyahnya.

1. Orang yg melihat segala amalnya masih ada riyak sebab itu dia tidak redha dengan nafsunya.

Firman Allah..
Dan aku tidaklah berani mengaku diriku suci, kerana sesungguhnya nafsu itu sangat suka menyuruh melakukan kejahatan.

Yusof: 53..

Asal maksiat, lalai dan keinginan nafsu syahwat itu adalah berpunca daripada redha kepada diri...

Bersahabat dengan orang jahil yg tidak mengikut nafsunya adalah lebih baik daripada bersahabat dengan orang alim yg suka menurut hawa nafsunya

2. Rasulullah saw sebaik selesai solat baginda terus istighfar tiga kali

 Perlakuan orang arif semakin terang benderang mata hati nya semakin bertambah pula makrifat tentang keaiban dan kecelaan dirinya

 Kata Hassan al Basri..
Jika aku mendapat kejernihan (keikhlasanku) dua rakaat dalam solatku itupun sudah memadai bagiku

 Kata Syeikh Ibnu Athoillah...
Gemarnya anda utk mengetahui apa yang tersembunyi dalam diri anda berupa keaiban diri anda yang tercela itu adalah lebih baik daripada gemarnya anda utk mengetahui pelbagai perkara ghaib..

 Bagi orang awam keramat itu perkara yg mencarik adat dan luar biasa seperti dapat terbang atau berjalan atas air..
Bagi orang khawas keramat itu ialah bertukar sifat2 yg tercela dengan sifat terpuji

 Orang Arif berkata..
Bukanlah perlakuan yg terpuji itu terlipatnya atau singkatnya perjalanan yang jauh menjadi dekat. Tetapi perlakuan yg terpuji itu ialah terlipat nya sifat diri yg berupa basyariah dan tiba2 anda sudah berada dihadapan Tuhan anda

 Seorang hamba yg mendakwa bahawa dirinya lah yg paling hampir dengan Tuhannya, itu bererti dia berada jauh daripadaNya

 Kedua..
Dia melihat ahwalnya ada tujuh puluh dakwaan..

Kata Syeikh Abdul Qadir al Jailani...

Wahai saudaraku..
Tiadalah aku sampai kepada Allah dengan berdiri malam dan tiada juga berpuasa pada siang hari atau mengajar ilmu tetapi aku sampai kepada Allah dengan kemurahan Nya dan hati yg sejahtera

 Bila datang tajjali Allah nescaya fana dan hilanglah segala sifat mazmumah

 Sampai kepada Allah adalah dengan rahmat dan kemurahan Allah

 Hati yg sejahtera tercapai setelah hati suci bersih dan hilang semua akuan. Bahkan sentiasa melihat diri nya tidak sempurna dan sering mencela  dirinya dan merendahkan dirinya

 Lahirnya sifat Tawadhu itu bila fana atau hilang diri

 Kata Syeikh Ibnu Athoilah ra..
Wahai Tuhanku..Orang yang ada kebaikannya sebenarnya masih banyak lagi kejahatannya, maka bagaimana pula tidak ada kejahatan itu sendiri? Orang yang ada hakikatnya itu sebenarnya masih banyak lagi dakwaan saja, maka bagaimana pula dakwaannya itu sendiri tidak ada dakwaan?

 Ketiga..
Dia melihat perkataannya masih dusta lantaran ia tidak redha dengan nafsunya

 Wahai org yg ingin mendengar perkataan yang halus dan seni hendaklah mujahadah bersungguh2

Kata Syeikh ra...
Usia anda hanya satu nafas saja, oleh sebab itu bersungguh2 agar ia menjadi milik anda (mendatangkan kebaikan kepadamu) dan bukan atas anda (mendatangkan keburukan kepadamu)

 Bersungguh2 untuk membangkitkan semangat dan menyalakan api kerinduan dlm hati dan melihat usia yg pendek agar dapat kembali mengenal Allah

 Wahai orang yg usianya ada sesaat adakah anda sudah mengorbankan usiamu utk melakukan ketaatan agar tercapai kelazatan yg hakiki dan kekal abadi

 Wahai orang yg berhadap kepada makhluk.. sucikanlah hatimu dengan air istighfar. Serta campurkan kali yang ketujuh untuk menyuci najis ini dengan tanah tazallul (kerendahan dan tunduk patuh) dan inkisar (lebur hati/rasa rendah diri)

 Rendah dan jatuhkan kehinaan dan inkisarmu itu hanya kepada Allah bukan pada manusia..

Kata Syeikh ra..
Tiadalah bagi hati itu melainkan arah yang satu saja. Maka apabila ia sudah menghadap kepada satu arah, maka ia pun keluar daripada arah2 yang lain

 Apabila hati itu menghadap tertumpu kepada satu kehendak saja ini bererti ia membelakangkan kehendak2 yang lain...

 Kata Syeikh Abi Madyan..
Takutilah dirimu daripada cenderung kepada yang lain selain Allah, maka Allah akan mencabut kan daripadamu kelazatan munajat bersama dengan Nya...

 Wabillahi taufik wal hidayah

No comments:

Post a Comment