Wednesday, 25 May 2016

hakikat rujuk


Ada Orang Tuduh Makrifat Tok Kenali Tidak Berdalilkan Al-Quran dan Hadis
Mengenal Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak lagi ada berdalil-dalil.
Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Setelah saya baca pendapat sahabat-sahabat melalui komen di page dan di inbox, saya dapati ada satu atau dua orang yang keliru, musykil dan tidak faham tentang kenyataan yang mengatakan bahawa dalam kita mengenal Allah itu, hendaklah sehingga sampai kepada tahap tidak berdalil.
Mereka yang tidak faham itu, telah mendakwa bahawa kenyataan itu, adalah kenyataan yang tidak lagi menggunakan dalil Al-Quran dan Hadis. Betapa rendah, dangkal dan singkatnya pemikiran sesetengah daripada pembaca blog, sehingga sanggup menuduh para admin, tidak mengunakan dalil Al-Quran dan Hadis, dalam ilmu mengenal Allah.
Dalam hal ini, saya serba salah antara hendak menjawab atau hendak berdiam diri. Tetapi condong hati saya itu, banyak ke arah untuk menjawab, bagi mengelakkan tuduhan atau salah faham dari sesetengah pembaca artikel terutamanya kepada penulis komen yang saya tidak mahu sebut namanya (tuan-tuan dan puan-puan carilah sendiri nanti akan jumpa siapa orangnya).
Kepada sidang pembaca di page yang budiman sekalian, jika ingin dan berhajat untuk membaca tentang makrifat, janganlah menuduh jika tidak faham. Kami para admin, tidak pernah mengatakan bahawa dalam mengenal Allah itu, “tidak menggunakan dalil Al-Quran atau Hadis”. Cuba tuan cari, biar sepatah atau sepotong ayat yang mengatakan saya dan rakan-rakan, tidak menggunakan dalil Al-Quran atau Hadis dalam mengenal Allah? Saya tidak pernah menyebut tidak menggunakan dalil Al-Quran dan Hadis.
Yang pernah saya sebut, yang pernah saya ajar dan kenyataan yang pernah saya tulis itu, adalah seperti berikut, “Dalam kita mengenal Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak berdalil”. Maksudnya di sini, bukan bertujuan untuk tidak berdalilkan Al-Quran atau Hadis, tetapi adalah bermaksud berdalilkan makhluk. Maksud saya, mengenal Allah sehingga sampai kepada tahap tidak berdalil itu, adalah seumpama, untuk mempercayai Allah itu, kita tidak perlu kepada dalil penglihatan, kerana sesungguhnya penglihatan itu adalah sebenarnya Allah (bukan lagi dalil). Cuba baca sifat 20, apakah erti basar? Basar itu ertinya melihat, siapa yang melihat, melihat itu sifat Allah. Bila Allah bersifat melihat, bererti melihat itulah Allah.
Untuk mendapat ingat, untuk mendapat pandang, untuk mendapat nampak dan untuk mendapat mengenal Allah itu, “hendaklah sehingga sampai kepada tahap tidak berdalil-dalil”. Maksud saya itu, tidak berdalil kepada penglihatan, kerana penglihatan itulah sifat Allah dan sifat Allah itu, itulah Allah. Hendak berdalil apa lagi. Jika masih berdalil-dalil lagi kepada penglihatan, pendengaran, berdalil kepada alam, langit, bumi, malaikat, syurga atau neraka, ertinya tuan ini, bukan ahli makrifat dan bukan orang yang berilmu makrifat.
Allah itu nyata, terang dan jelas, nyata, terang dan jelasnya Allah itu, sehingga kita tidak lagi perlu kepada dalil mata, telinga, mulut, kaki, tangan, pokok, bukit, matahari, bukit, lautan, angin, gajah, harimau atau tidak perlu pun adanya diri tuan. Tidak ada dalilnya diri tuan pun, Allah itu nyata dan tetap nyata.
Nak berdalilkan dengan penglihatan untuk memandang Allah, mana mungkin penglihatan boleh memandang Allah sedangkan penglihatan itu pun Dia! Allah itu terang, tidak perlu ada dalil mata atau matahari. Allah itu terang, jelas dan nyata yang tidak perlu adanya dalil dunia, jadi buat apa lagi nak berdalil-dalil? Itu maksud saya bukannya bersabit atau menyentuh soal Al-Quran atau Sunah, yang tuan masukkan elemen Al-Quran dan Hadis itu kenapa? Melainkan tuan ini, hanya tahu menyalahkan orang dan hanya tahu menuduh salah orang sahaja, yang betul, yang baik dan yang benar, tidak ada pun tuan puji.
Untuk kita melihat, memandang, menilik atau mengenal Allah itu, “JANGAN DIKERANAKAN DENGAN SATU KERANA, JANGAN DISABITKAN DENGAN SATU SABIT DAN JANGAN DI DALILKAN DENGAN SATU DALIL”. Sebab apa? Sebabnya adalah kerana Allah itu, adalah Allah (tidak ada yang bersamaan dengan Allah, Allah itu bersalahan dengan sekalian yang baharu), jadi nak dalil apa lagi? Sebab buta mata hati tuan-tuanlah makanya berkehendak kepada dalil untuk mengenal Allah.
Itu sebabnya bila mana orang cakap lain, janganlah tuan cakap atau tuduh lain, bila mana fahaman tuan tidak sama atau berbeza dengan fahaman orang lain, jangan anggap fahaman orang lain itu salah, dikeranakan kita tidak arif. Mengatakan orang itu sesat, salah dan tuduh orang itu tak guna Al-Quran dan tak guna Hadis itu kenapa? Cuba jawab, mana dalilnya yang mengatakan saya ada tulis ayat atau perkataan yang mengatakan supaya “jangan berdalilkan Al-Quran dan Hadis?”. Tuan yang budiman, bahasa makrifat itu, tidak sebagaimana bahasa akal tuan, jadi janganlah asyik menyalahkan orang.
Tidak pernah saya mengeluarkan kenyataan yang menyebut, kita mengenal Allah sehingga tidak menggunakan dalil Al-Quran atau Hadis. Pandai-pandainya tuan ini menambah benda yang tidak ada, itulah sebabnya jika tidak faham sesuatu perkara itu, jangan gatal-gatal tangan untuk menulis. Sekarang cuba tuan yang menuduh, suruh je saya jawab, bagi je tahu apakah soalan nya, insyaallah dengan izin Allah saya jawab.
Kepada penulis komen, jika tidak faham sesuatu ilmu terutamanya ilmu makrifat, janganlah gopoh atau pandai-pandai menuduh. Jika asyik menuduh orang sahaja kerjanya, bila hendak beroleh faham ilmu makrifat!
Hendak dalil apa lagi, tidakkah terangnya matahari itu, terang lagi Allah, dekatnya mata putih dan mata hitam itu, dekat lagi Allah, kenapa nak berdalil lagi? Sesungguhnya tuan ini, adalah seorang yang sedang mencari unta yang hilang, sedarlah, sedarlah dan sedarlah, bahawa dan sesungguhnya unta yang hilang itulah, yang tuan sedang tunggang, mana mungkin berjumpa unta yang hilang sedangkan unta yang hilang itulah yang tuan sedang naik.
Sungguhpun saya faham bahawa yang menuduh itu pun Dia (Allah), tetapi tuan-tuan harus ingat, jangan sahaja yang menuduh sahaja “Dia”, sesungguhnya yang menjawab ini pun juga “Dia”. Jika sama-sama “Dia”, janganlah asyik menuduh sahaja.
Admin Khairul Mukmin
LikeShow More Reactions
Comment
Comments
Tanaka Yoshimitsu Kalo nak belajar..kenalah mengaji Dan mengkaji Dari Alif...,Ba...., Ta.., Dan bkn terus dari Ya!
LikeReply2 hrs
Hakikat Insan Benar itu, Tuan Tanaka Yoshimitsu. Sudahlah mengaji buku iqra' terus ke huruf 'ya' itu, bahkan menuduh orang yang dah menghafaz quran sebagai salah pula. Subhanallah, minta dijauhkan dari golongan ini.
LikeReply10 mins
LikeReply5 mins

No comments:

Post a Comment