๐ป๐กKuliah Dhuha Kitab Syarah Hikam Abi Madyan 27.05.2016๐ฝ๐
ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
ุงุนูุฐ ุจุงููู ู
ู ุงูุดูุทุงู ุงูุฑุฌูู
ุจุณู
ุงููู ุงูุฑุญู
ู ุงูุฑุญูู
ุงูุญู
ุฏููู ุฑุจ ุงูุนุงูู
ูู ูุงูุตูุงุฉ ูุงูุณูุงู
ุนูู ุฑุณู ู ููู ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุงุฌู
ุนูู..
Sebagaimana kata Syeikh ra..
Takutilah dirimu daripada cenderung kepada yang lain selain Allah, maka Allah akan mencabut kan daripadamu kelazatan munajat bersama dengan Nya.
Hadapkanlah hatimu sepenuh kepadaNya. Peliharakanlah hatimu daripada menghadap kepada yang lain selain Dia saja
Selagi ada selain Allah ada dlm dalam hati selagi itulah ibadah, zikir, munajat dan doa menjadi tawar dan hambar
Apabila hati dipenuhi dgn ingatan kepada Allah nescaya Dia akan mengharamkan selain Allah masuk kedalam hati
Maka sungguh2lah berzikir kepada Allah pagi dan petang dan setiap masa
Jadikanlah zahir dan batinmu dgn bermuamalah, beribadah dan menghambakan diri kepada Allah
Bagi orang yg bercita2 untuk masuk kehadrat Allah dan mengenal Allah berusaha bersungguh2 mensucikan dan membersih hati dan mata hati
Kata Syeikh..
Dengan mata hati akan tercapailah manafaat dunia dan akhirat
Orang yang mata hatinya buta tidak akan dapat dan berupaya untuk mendapatkan manafaat dlm perjalanan menuju Allah
Takutilah bersahabat dengan org yg jahat kerana ia lebih berbahaya daripada harimau
Kata Syeikh ra..
Perkara yang paling memudharatkan ialah bersahabat dengan orang alim yg lalai, orang sufi yang jahil dan pemberi peringatan yang menghiasi perkataannya supaya dunia menghadap kepadanya
Kata Syaidina Ali ra.. kepada Hassan al Basri..
Apakah perkara yg mengukuhkan agama?
Jawabnya..warak..
Beliau bertanya lagi.
Apakah perkara yang membinasakan agama?.
Jawabnya... tamak..
Lalu beliau pun berkata. Duduklah.. orang seperti kamu ini memang layak duduk mengajar
Sesungguhnya cinta kepada dunia adalah pokok segala kejahatan
Kata Syeikh ra..
Sesiapa yang anda lihat mendakwa bersama Allah dalam halnya padahal tidak tampak pada zahirnya ada tanda yang menunjukkan kebenaran dakwaannya itu, maka hendaklah anda menjauhinya
Sesiapa yang mendakwa bahawa dirinya seolah2 wali Allah, sedangkan pada zahirnya tidak tampak ada padanya yang menunjukkan ia menjaga syariat dan berjalan dengan jalan thareqat, makanya hendaklah menjauhinya..
Jika ada orang mendakwa wali maka hendaklah dengarlah dan bergaullah dengan nya dahulu...insya Allah kelak akan terbuka samada ia wali asli atau wali sadur
Abu yazid tika menziarahi seorang yg dikata wali..dilihatnya wali itu meludah ke arah kiblat lalu beliau terus beredar meninggalkan wali itu
Kata Abu Yazid al Bastami..
Jika lelaki ini tidak percaya salah satu daripada sunnah syariat bagaimana pula ia akan percaya rahsia2 sirr kewaliannya?
Jika orang tidak mampu terikat dengan zahir syariat, bagaimana pula dia akan mampu terikat dengan thareqat?
Sesetengah orang Arif berkata. Tanda sahnya ahwal itu ialah istiqamah dalam segala afaalnya..
Berkekalan dalam hal maka ianya jadi maqam...
Tika dok sabar, mari ilham teguran supaya sabar.. maka berkekalan dlm sabar maka jadilah ia maqam sabar...
Kata Syeikuna..
Ahwal adalah suatu keadaan yg mendatangkan dalam hati seseorang dengan tiba2 tanpa diusahakan iaitu gembira, susah, sempit lapang, yg digerakkan oleh hati yg beroleh ilham
Abu Said al Khudri ra berkata..
Setiap bathin yang menyalahi bertentangan dengan zahir itu adalah bathil. Jadi baik nya bathin itu adalah kerana sentiasa baiknya zahirnya, jika baik hati itu nescaya akan tampak nyata cahayanya kepada anggota tubuh badannya
Antara tanda2 dan bukti menunjukkan orang yg mempunyai ciri2 tersebut..
1. Memelihara waktu dan sentiasa mengekalkan jamaah..
2. Memelihara setiap pancainderanya daripada sesuatu yang tidak berfaedah
3. Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran
4. Kasih sayang terhadap sekalian makhluk.
5. Berpaling daripada dunia..
6. Berkelakuan baik samada orang yg dekat mahupun jauh serta memberikan hak
Masing
7. Membalas kejahatan dengan kebaikan..
8. Mengikat semula hubungan silaturrahim dengan orang yg memutusnya...
9. Memberi semula kepada orang yg memgharamkan pemberian kepadanya..
10. Memaafkan kesalahan orang yg menzaliminya
Hendaklah memelihara kaeadah syarak berjalan dengan thareqat sentiasa muraqabah kepada Allah tanpa henti serta berpaling daripada dunia..
Barangsiapa yg tidak nampak segala apa yang berlaku pada makhluk itu adalah perbuatan Allah maka itu tanda tauhidnya belum sempurna
Syeikh ketika pergi kl dibuka Allah padanya segala perbuatan Allah. Segala perbuatan pada makhluk, itu adalah perbuatan Allah..
Syeikh kita telah menerima pangkat wali dari Allah pada tahun 80..
Maulana Syeikh Rahimi telah berjalan ke 36 negara mencari guru mursyid dan akhirnya dipertemukan dengan Syeikh kita dan terus ambil Ismul- Adzam dengan Syeikh
Ramai orang tdk kenal Syeikh termasuk anak2 murid Syeikh kerana terhijab dengan mata hati yg kotor
Syeikh dapat pangkat wakil Tuhan direct dengan Allah..
Jauhilah dirimu daripada orang yg suka mendustai syarak.. ia memberi peringatan kepada manusia sedangkan dirinya belum menerima inayah daripada Allah
Kata Syeikh ra..
Sesiapa yang keluar kepada makhluk untuk mengajar atau memberi nasihat sebelum adanya wujud hakikat yang diajarnya iaitu dia belum ada lagi bersifat dengannya atau ia belum layak lagi atau belum ada seruannya untuk melayakkan ia mengajar maka dia adalah orang yg dimurkai Allah
Orang yg belum dapat izin Allah untuk berkata2 tidak akan dapat menyampaikan kata2 kepada manusia dengan berkesan dan sempurna
Orang yg fana.. berkata semuanya Allah..
Orang baqa akan berkata makhluk sedangkan hatinya melihat Allah
Kata Syeikh ra..
Tidak akan sampai kepada nampak nyatanya merdeka selagi orang itu masih ada tinggal dirinya
Kata Zu al Nun al Misri tika ditanya.. apakah hijab yang paling tebal dan tersembunyi.. ? Jawab beliau ra. Melihat diri dan mentadbirnya...
Wassalam
No comments:
Post a Comment