Saturday, 28 May 2016

Ilmu

🌹🌹🌹🌹🌹
Kawe pernah ditanya oleh seseorang, dimana beliau mengetahui ilmu tasauf dan kaedah mempelajarinya.
Maka saya mengemukakan jawapan ini.

🌼🌼🌼🌼🌼
"Jika kita ingin menjadi seorang ahli tasauf, maka Rasulullah SAW adalah model terbaik kepada ilmu dan pengamalan tasauf disepanjang zaman.
Beliau merupakan manusia yang paling tahu, bagaimana caranya untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Pada asasnya, matlamat utama pelantikan Rasulullah SAW sebagai Rasul adalah untuk mendidik dan mengajar manusia kaedah yang tepat mendekatkan diri kepada Allah.
Jika kita belajar ilmu tasauf dengan matlamat untuk mendidik diri kita supaya mendekatkan diri kepada Allah, maka kita mesti belajar dari Rasulullah SAW bagi mencapai matlamat ini.
Kita mestilah memperkasakan diri kita dengan mempelajari sebanyak mungkin hadis-hadis yang sahih mengenai akhlak dan pergerakan harian Rasulullah SAW.
Kita mestilah mengelak diri dari mempelajari ajaran yang kabur dan terasing dari kehendak Rasulullah SAW.
Begitu juga, setiap amalan yang diamalkan mestilah mematuhi dan menepati ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan bersumberkan sumber yang sahih.
Kita janganlah taksub dan menerima secara "membabi buta" apa yang diperkatakan oleh mana-mana pihak tanpa memastikannya menepati kehendak perundangan Islam.
Kita juga mestilah sedaya upaya menolak cerita-cerita khayal yang menceritakan mengenai kehebatan dan kekeramatan mana-mana individu.
Dimana cerita-cerita ini bukan sahaja tidak diketahui kesempurnaan sumbernya, bahkan kesahihannya boleh dipertikaikan.
Suka saya menarik perhatian, bahawa ibadat paling baik untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah dengan menghadirikan diri dalam kuliah agama dan takirah, khususnya di masjid-masjid.
Sesungguhnya, hati yang mati boleh disembuhkan melalui peringatan dan tazkirah mengenai kehebatan Allah dan agama-Nya.
Begitu juga hati yang sakit dan berpenyakit boleh diubati bila kita sentiasa memuhasabah diri dan mendapat peringatan dari Allah dan Rasul-Nya.
Ada beberapa buah kitab/buku muktabar yang dikarang oleh para ulamak yang boleh dijadikan rujukan. Sebagai cadangan, saya mencadangkan buku Riyadul as-Solihiin karangan Imam an-Nawawi (terdapat dalam edisi melayu) sebagai rujukan utama mengenai kaedah mendekatkan diri kepada Allah.
Buku ini mengandungi kumpulan hadis-hadis Rasulullah SAW mengenai pendidikan akhlak dan latihan kerohanian yang diperlukan".

🌺🌺🌺🌺🌺🌺
Tok serambi mei 27/2016

No comments:

Post a Comment