"Jabatan Agama islam di negara ini kena sedar, ramai rakyat Malaysia yang tidak mendapat pendidikan agama secara formal jauh lebih bijak, cerdik dan luas pemahaman mereka tentang islam melebihi pegawai2 dan tokoh2 dari belaan jabatan Agama Islam."
Kenyataan di atas telah dikeluarkan oleh seorang ustaz di facebook beliau, dan kami amat bersetuju dengan kenyataan ini. Kebanyakan ustaz di JAKIM sendiri merupakan ahli yang pakar lagi arif mengenai agama islam.. Namun begitu, 'kepakaran' mereka itu, hanya terhad dalam bidang ilmu fekah, atau pun ilmu syariat sahaja, bahkan sedikit sekali ulama-ulama ilmu tasawuf yang bernaung di bawah JAKIM.
Memang tidak dinafikan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, bahkan ada yang memegang gelaran Ph.D dari Universiti Al-Azhar.. Akan tetapi, Ph.D yang diperolehi itu, tertakluk di dalam bidang ilmu fekah semata-mata. Apabila kurangnya kefahaman ustaz-ustaz syariat ini mengenai ilmu tasawuf, maka lantas dituduhnya penuntut ilmu hakikat dan ilmu makrifat ini, sebagai sesat, songsang, salah, dan sebagainya.
Maka itu, buat ustaz-ustaz ilmu fekah, jika anda menuduh ilmu makrifat ini sesat, satu sahaja yang kami minta. Sila tunjuk kepada kami, mana satu ilmu makrifat yang benar seperti yang didakwa mereka. Mana satu guru makrifat yang mursyid yang diiktiraf oleh mereka. Di mana pusat pengajian ilmu makrifat yang sah.. Mana? Mana? Dan mana? Jika ada, apa salahnya, saya menyeru semua peminat ilmu makrifat ini, marilah kita beramai-ramai pergi belajar, marilah bersama-sama kita pergi menuntut ilmu makrifat di sana!
Sheikh Al Islam
No comments:
Post a Comment