Thursday, 26 May 2016

Hakikat Insan


BUKAN ORANG YANG MABUK SAHAJA YANG TAK INGAT ALLAH, ORANG YANG SEDAR JUGA TAK INGAT ALLAH !
Ada beberapa orang sahabat kita, menimbulkan soal permasalahan arak! Benar kata tuan itu. Yang haram itu tetap haram dan yang halal itu tetap halal!
Sebagai ahli makrifatullah (ahli mengenal Allah), hendaklah jangan selisih atau jangan sampai melewati batasan syariat Baginda Rasulullah s.a.w.
Apa-apa pun yang hendak saya ketengahkan untuk tatapan semua, iaitu mengenai perkara lalai, lupa dan alpa kepada Allah, bagi yang tidak minum arak itu. Apakah dan bagaimanakah hukumnya bagi mereka-mereka yang lalai kepada Allah tanpa minum setitik arak?
Sememang dan selayaknya orang yang minum arak itu lupa kepada Allah. Mereka lupa kepada Allah kerana ada dengan bersebab, iaitu sebab minum arak! Tetapi yang menjadi kemusykilannya, bagaimana orang yang tidak minum arak? Orang yang tidak minum arak boleh sampai lupa Allah, apakah hukumnya?
Kata kita, solat itu tanda ingat kepada Allah, Sedangkan ingat itu hendaklah mendahului solat, bukannya solat mendahului ingat! Bukannya solat dulu, baru ingat, tetapi yang sebetulnya ingat dulu baru solat!
Kebanyakan kita itu, bukan saja mabuk, lupa, lalai dan tidak ingat setelah minum arak, tetapi dalam masa bersolat pun boleh tak ingat Allah, apakah hukum nya?
Orang yang minum arak itu, sudah tentu lupa kepada Allah, bersebabkan dengan sebab minum arak! Yang menjadi persoalannya di sini, bagaimanakah hukumnya, orang yang di dalam tengah sembahyang yang tidak ingat Allah. cuba bagi tahu saya apakah hukumnya?
Satu perkara lagi, bagaimanakah cara nak ingat Allah? Apakah dengan sebut namaNya sahaja, dikatakan sudah cukup ingat kepada Allah?
Admin Sheikh al-Islam

No comments:

Post a Comment