Sesungguhnya nazar dan doa tidak akan mengubah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.. Semuanya telah siap tertulis di dalam kitabNya Luh Mahfuz sejak sebelum penciptaan alam lagi.. Dan ketahuilah wahai saudaraku, kerja Allah itu, hanya sekali "Kun" sahaja.. Maka "fayakun" lah.. Bukan "kun" "kun" "kun".
Himpunan Hadis-Hadis Rasulullah SAW
Bab yang telah datang pada menyatakan larangan nazar dan sesungguhnya ia tidak dapat menolak takdir.
Daripada Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. melarang nazar. Beliau bersabda "sesungguhnya, nazar itu tidak membawa kebaikan, tetapi nazar hanya mengeluarkan harta dari orang yang bakhil."
Hadis sahih, riwayat Imam Muslim.
Sahih Muslim, 5:77, 1006.
No comments:
Post a Comment