RAHSIA DI DALAM DIRI
Inilah pada menyatakan bahawa di dalam badan manusia itu EMPAT BAHAGIAN iaitu :
NAFAS
ANPAS
TANAPAS
NUPUS
ANPAS
TANAPAS
NUPUS
Sesungguhnya bagaimana rupa jasmani begitu jugalah rupa NYAWA.
Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu seperti ANPAS. Maka keempat itu berperingkat sampai kepada NUPUS dan Nupus itu seperti rupa ZAT manakala Zat itu seperti rupa SIFAT dan Sifat itu seperti rupa ASMA’ dan Asma’ itu seperti rupa AF’AL.
Dan perkara diatas diakui oleh Allah seperti FirmanNya melalui Hadith Qudsi :
QA LAL LAH HU TAALA - AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHI SI FATI ILLA KHAIRI LIL LAH
Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. SifatKu itu Sifatnya tiada ada daripadaku melainkan Allah Taala
Barangsiapa mengenal akan BADANnya ia mengenal akan NYAWAnya.
Barangsiapa mengenal akan nyawanya ia akan mengenal akan SIRRnya
Barangsiapa mengenal akan Sirrnya akan mengenal akan TUHANnya yang qadim adanya
Ketahuilah olehmu wahai talib – YANG KELUAR itu bernama NAFAS dan yang dinamai ANPAS itu gerak dari hidung sampai ke bawah leher. Dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah leher sampai ke hati. Yang dinamai NUPUS itu di dalam Hati. Itulah HAKIKAT NYAWA.
Admin Khairunnisa'
No comments:
Post a Comment