Tuesday, 3 May 2016

hakikat warak


Maqam Wara’.
Wara’ itu, adalah meninggalkan perkara yang syubhat. Iaitu meninggal atau menjauhi segala perkara yang belum jelas atau perkara yang belum nyata, sama ada dalam hal yang haram atau yang halal.
Di dalam Islam wara’ itu, adalah langkah kedua sesudah taubat!, menandakan bahawa Wara’ itu, adalah suatu perkara yang penting bagi menerbit pembinaan mental untuk membersih hati dari ikatan dunia.
Wara’ itu, ada dua tingkat;
1) Pertama: wara’ dari segi zahir.
Erti wara’ dari segi zahir itu, adalah tidak bergerak, kecuali bergeraknya kita itu, adalah hanya untuk beribadah kepada Allah dan hanya untuk taat kepada ketetapan Allah.
2) Kedua adalah wara’ batin atau warak hakiki.
Erti wara’ hakiki itu, adalah bilamana tidak masuk dalam hatinya kercuali Allah Taala.
Wara’ itu adalah meninggalkan perkara-perkara yang berbau syubhat (perkara yang belum jelas) kepada perkara yang sudah jelas, terang, nyata dan diyakini. Orang wara’ itu, adalah orang melakukan perbuatan ibadah dengan benar-benar mengenal Allah Taala. Bukannya ibadah yang sekadar memperlakonkan atau ibadah dibuat-buat sebagai memenuhi tuntutan budaya, tanpa mengenal siapa yang disembah!.
Wara’ itu, adalah orang mengerjakan sesuatu ibadah dengan jelas terlihat, terpandang dan tertilik Allah dalam setiap pekerjaan ibadah yang dilakukan. Tahu dari mana datangnya ibadah dan tahu pula siapa yang mengerjakan ibadah!. Orang wara’ itu, adalah orang yang tahu bahawa datangnya ibadah itu, adalah dari Allah dan yang mengerjakan ibadah itu, adalah juga bukan dirinya!.
Ibadah orang wara’ itu, bukan dari Allah kepada Allah atau dengan Allah. Perkataan dari Allah, kepada Allah dan dengan Allah, semua itu hanyalah perkataan istilah!. Istilah itu, adalah perkataan yang sekadar memberi makna, tidak memberi kenyataan. Untuk mengelak beribadah dengan hanya sekadar beristilah, kita hendaklah membuang perkataan istilah dari Allah, kepada Allah atau beserta dengan Allah.
Beribadahnya orang wara’ itu, adalah beribadah yang bukan datangnya dari perkataan dari Allah, kepada Allah atau beserta Allah, sudah tidak ada istilah perkataan dari, kepada atau berserta Allah, tetapi ibadah mereka-mereka yang benar-benar wara’ itu, adalah ibadah hanya Allah, Allah, Allah…
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, cuba tuan-tuan dasarkan atau asaskan perbuatan ibadah tuan-tuan, apakah datangnya kerajinan ibadah kita itu, datangnya dari diri sendiri?. Apakah ada kuasa kita untuk mengerjakan ibadah, jika tidak sedia tertulis dan jika tidak sedia tercatat dari semulajadi di dalam kitab luh mahfuz?. Cuba jawab?
Ibadah atau amal kita itu, bukan datangnya dari rajin atau usaha kita, tetapi datangnya dari Allah!. Wara’ itu, adalah perkara yang tidak masuk dalam hatinya kecuali Allah, Allah dan Allah…
Admin Saiful Islam

No comments:

Post a Comment