Tuesday, 3 May 2016

hakikat taubat

Maqam Taubat.
Perkara taubat itu, bukan sahaja diajar oleh agama Al-Quran, malahan diajar juga oleh agama-agama Injil, Taurat dan Zabur. Semua 4 kitab terdahulu memulakan ilmu dengan upacara taubat.
Taubat Orang Awam
Taubat bagi golongan orang-orang awam (golongan feqah) itu, adalah dengan melafazkan ucapan penyesalan. Sesal pelanggaran atau ketidak patuhan kepada perintah Allah. Dengan menghentikan “seketika” perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Dengan berjanji untuk menghentikan seketika dan berjanji untuk tidak mengulangi dosa buat “seketika”.
Bilamana gagal memenuhi sumpahnya, lalu mereka memohon ampun pada Tuhan. Bertaubat orang awam sebanyak 67 kali satu hari, namun mengulangi berbuat dosa sebanyak 167 kali satu hari. Bertaubat lagi dan buat lagi, ini taubat golongan orang awam (orang yang berilmu syariat atau feqah).
Taubat Orang Makrifat
Manakala taubat bagi golongan yang berilmu makrifat atau yang berilmu hakikat itu, adalah bertaubat mereka atas kelalaian terhadap Allah Taala. Dipandang berdosa besar kiranya mereka lupa, lalai atau alpa kepada Allah walaupun sesaat!.
Taubat orang makrifat itu, adalah bererti mengalami “mati didalam hidup!”.
Dari Mana Asal Datangnya Dosa, Sehingga Memaksa Kita Bertaubat?
Dosa itu, bukan sesuatu perkara yang baru dan dosa itu, bukan pendatang yang terjadi kemudian!. Dosa atau pahala itu, sesungguhnya datang secara semulajadi bersama-sama dengan diri kita sedari azali!.
Segala perbuatan yang mendatangkan dosa atau pahala itu, adalah datangnya dari ketetapan Allah. Untuk membuang atau untuk mendatangkan dosa itu, sesungguhnya adalah datangnya dari Allah. Kita selaku makhluk yang dijadikan, tidak berdaya untuk mendatang atau membuangkan dosa!. Untuk itu, mari kita serahkan diri kepada Allah, semoga diri tidak lagi menanggung dosa!.
Bukan hanya pahala datangya dari Allah, sesungguhnya dosa dan taubat juga adalah datangnya daripada Allah!.
Taubat, dosa atau pahala itu, sesungguhnya adalah datangnya dari anugerah atau datangnya dari kurnia Allah. Taubat itu, sesungguhnya anugerah Allah. Datangnya taubat itu, sesungguhnya adalah dari Allah kepada manusia, tidak dari manusia kepada Allah. Datangnya perasaan penyesalan atau tercetusnya perasaan menyesal itu, adalah dari Allah, bukan datangnya dari diri sendiri!.
Jika boleh saya bertanya kepada tuan, siapakah yang menjadikan diri kita dan siapakah yang menjadikan perbuatan kita?. “Wallah hu Kholaqokum, Wamatakmalun” (Aku jadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat).
Sesungguhnya taubat itu, bukan datangnya dari diri kita, tetapi datangnya dari Allah. Taubat yang datangnya dari Allah itulah, yang dikatakan sebenar-benar taubat!.
Bilamana taubat itu datangnya dari diri kita, itulah makanya setiap 67 kali bertaubat yang masih melakukan dan mengulangi perkara yang sama itu adalah 167 kali. Iaitu banyak mengulangi dari yang bertaubat.
Admin Saiful Islam

No comments:

Post a Comment