HAKIKAT ROH
Ruh manusia ialah satu RAHSIA KETUHANAN yaitu satu misalan perbatasan RAHSIA ANA ( Aku ) = RUH. Misalan itu disini ialah Hakikat itu sendiri.
TAJALLI sabenarnya adalah MANIFESTASI dan PENUNJUKKAN sesuatu benda kepada dirinya sendiri oleh dirinya sendiri. Contohnya satu biji sawit menunjukkan dirinya dalam bentuk beberapa ladang sawit. Ianya bukannya penjelmaan ( hulul ) dan bukan ulangan.
Ruh dalam tajallinya berbentuk BADAN. Badan itu ialah sarungnya. Alam ialah sarung atau sangkar RUH YANG SATU.
Ada lagi satu sarung dibawah badan yaitu BADAN MITHALNYA. Dialah yang menunjukkan dirinya didalam cermin. Semua bentuk adalah sarung ruh. Tajilliyat tidak membanyakkan benda yang dalam tajalli itu. Tajalli hanya penampakan tanpa mempunyai hakikatnya sendiri.
Badan itu sendiri adalah satu ruh saperti ais dan air. Ruh tidak masuk dalam badan tetapi menzahirkan dirinya dalam badan itu. Ruh ibarat penunggang dan badan ibarat kuda.
Ruh ialah Allah. Tidak ada yang bergerak melainkan Allah.
Apabila Allah hendak memandang diriNya, Dia perlukan cermin yang cerah pada satu muka dan gelap pada muka yang lain. Badan manusia mempunyai HATI ibarat cermin. Dia menzahirkan DiriNya pada muka cermin yang cerah itu. Semakin bersih Hati maka semakin teranglah Bayangan Allah padanya.
Bayangan bukan HULUL atau Penjelmaan . Bayangan adalah nama sahaja, yang sebenarnya tidak wujud. Hanya muka yang memandang yang terlihat.
Banyaknya muka kerana banyaknya cermin yang berbagai saiz dan warna. Memandang satu benda saperti banyak digelar Amt-i- Ilahi dalam syariat dan Tajalli didalam tasawuf.
Dia membuat cermin bagi DiriNya dan memanggil cermin itu Qalbu / Hati / Jiwa dan muka cermin yang gelap dengan nama Qalib / Badan / Jasad / Jasmani.
Yang memandang KeindahanNya tidak puas memandang dan cermin itu tidak mengambil bahagian dalam memandang itu.
Allah tidak boleh melihat diriNya terbayang pada malaikat yang mempunyai badan yang terang atau pada binatang yang badannya gelap.
Firman – Firman Allah :-
Dan pada diri kamu dan kamu tidak melihat
Dan pada diri kamu dan kamu tidak melihat
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari antara kamu
Aku tidak boleh dikandung oleh bumi dan langit tetapi boleh dikandung oleh Hati Orang Mukmin
Ruh adalah penunggu pintu Kerajaan Ketuhanan. Ia membawa dirinya dan yang lain sampai kepada Allah.
Semua Ruh adalah SATU dalam keRUHan. Banyaknya timbul oleh kerana perkaitannya dengan badan badan. Kualiti yang baik berlindung pada Ruh, kualiti yang jahat dengan badan.
KeRUHan adalah Satu Dengan Zat sebelum manifestasi. Sabenarnya ombak adalah laut dan laut adalah ombak. Perbezaan adalah SANGKAAN sahaja.
Hadith Rasul :-
Siapa yang melihat saya nampaklah Allah
Siapa yang melihat saya nampaklah Allah
Dia sekarang saperti Dia dahulu juga
Allah ada dan tiada sekutu dengan Dia.
Bagaimana ada sekutu dengan Dia sedangkan dahulu, sekrang dan akan datang adalah satu sahaja padanya.
Ruh “ yang tidak dijadikan “ ialah Hakikat Muhammad ( Wahdah ) Dibawah daripada itu ialah Hakikat – i – Insani ( Wahidiyyat ) yaitu Ruh “ yang dijadikan” bergelar SIR.
Semua ruh adalah bayangan dari Ruh itu ( Hakikat Muhammad ) . Itulah “ Ruh Yang Dihembuskan / Ditiupkan “.
Firman Allah :-
Aku hembuskan padanya ( Adam ) Ruhku
Aku jadikan dia dengan kedua TanganKu ( Sifat Jalal & Jamal )
Kemana sahaja kamu menghadap disitu nampak Wajah Allah
Ruh ialah PEMBATASAN / HAD saperti badan adalah pembatasan Ruh. Perkaitannya saperti air dan buih. Pada peringkat pertama ia bergelar Ruh – Al- Quddus yaitu Hakikat –i – Muhammadi.
Ruh bukan didalam atau diluar badan dan tidak juga lekat pada badan. Ruh bukan tidak diluar badan dan bukan tidak didalam badan, bukan terlekat dan bukan pula tidak terlekat pada badan.
Ruh pada aspek luarnya adalah mendengar pada satu tempat, bercakap pada satu tempat yang lain dan ditempat yang lain pula melihat.
Semua ini adalah satu yang mempunyai nama nama yang berlainan.
Ana al-Haq
No comments:
Post a Comment