Thursday, 5 May 2016

hakikat muhammad

HAKIKAT MUHAMMAD
NUR ( cahaya ) MUHAMMAD ada dua jenis :-
Pertama BATIN – iaitu dalam peringkat ILMU dinamakan Hakikat Muhammad dan tidak dizahirkan.
Aku dari Allah dan seluruh Alam adalah cahayaku
Ianya adalah keadaan Pencipta itu sendiri.
Kedua ZAHIR - yakni Nur yang zahir mulai dari Aql – i – Kul menurun hingga Ruh – i – Azam. Qalam dan lain lain digelar Ruh – i – Muhammadi atau Nur Muhammad.
Allah mula mula sekali menjadikan Akalku dan Cahayaku.
Muhammad ada dua aspek :-
Pertama – HAKIKAT - Aku AHMAD tanpa MIM ( AHAD )
Kedua – KEJADIAN – HambaNya dan RasulNya.
Semua objek adalah BAYANGAN WUJUDNYA dan pergerakan objek adalah diperlui oleh Tajalliyat Asma’ & Sifat. Apabila Tajalliyat bergerak objek ( bayanganNya ) pun bergerak.
Tidak ada yang bergerak melainkan dengan Izin Allah.
Tidak Ada Wujud Selain Allah.
Dia Allah terzahir dalam bentuk Aku – Salik. Oleh itu memahami Aku sendiri adalah memahami Allah.
Dia-lah Yang mengetahui & Yang Diketahui. Aku Kenal Allah Dengan Allah.
Dan Dia dalam Nafas kamu...dan kamu tidak nampak Dia.
Ana al-Haq

No comments:

Post a Comment