Wednesday 20 January 2021

DI SEBALIK TIRAI KEJAHILAN

 DI SEBALIK TIRAI KEJAHILAN

________________________________________
Syariat dihebahkan oleh Ulamak Fekah tetapi Hakikat dan Makrifat oleh para Maulana dan juga Syeikh sufi. Ulamak menjaga supaya dosa dan maksiat tidak bermaharajalela di muka bumi ini.
________________________________________
Mereka menyatakan kepada manusia tentang seksa Neraka dan juga nikmat Syurga. Ibarat tanpa tembok yang tinggi, maka Yakjuj dan juga Makjuj pasti tidak dapat ditahan daripada mengganggu keamanan dunia yang indah ini.
________________________________________
Namun begitu, jika berhenti di sini sahaja tanpa meneruskan perjalanan lagi, adalah ibarat mendirikan pagar di dalam perjalanan orang-orang yang berkelana menuju illah. Maka sebab itu, para wali illah membuang tembok pemisah ini dari perjalanan mereka.
________________________________________
Mereka akan membuka tabir hijab dari mata salik atau pelajar sedikit demi sedikit, sehinggakan mereka nampak bahawa alam ini dipenuhi dengan nur Allah. Nur itu pula ada di sebalik yang baik dan buruk, syurga dan neraka.
________________________________________
Oleh kerana itulah, banyak daripada perlakuan wali illah yang kelihatan pelik di mata orang awam, malahan hina lagi berdosa dan dihukum sebagai ahli neraka pula oleh kaum fekah yang tidak memahaminya dengan mata hati.
________________________________________
Di atas sebab-sebab inilah maka kita dapat lihat, sebahagian daripada syeikh sufi yang telah meruntuhkan pagar dan tembok ini, seperti Syeikh Hussein Ibnu Mansur Al Hallaj, Syeikh Hamzah Fansuri, dan Syeikh Siti Jenar, lalu terjadilah fitnah oleh golongan syariat.

No comments:

Post a Comment