Wednesday 20 January 2021

AHLI SYURGA ATAU AHLI NERAKA?

 AHLI SYURGA ATAU AHLI NERAKA?

________________________________________
Menjadi seorang ahli syurga itu, bukanlah di atas kecenderungan tafsiran dan juga pandangan oleh seseorang agamawan. Begitulah juga, menjadi seorang ahli neraka itu, bukanlah berasaskan kecenderungan pandangan dan tafsiran oleh seseorang agamawan.
________________________________________
Jika ada yang mengatakan yang engkau itu seorang ahli neraka, maka dalam tidak sedar dia juga telah meletakkan dirinya sebagai seorang ahli syurga. Samalah juga halnya, jika ada yang mengatakan yang engkau itu sesat, maka secara tidak langsung dia juga telah mengiktiraf bahawa dirinya berada di pihak yang benar.
________________________________________
Ada beberapa potongan ayat kitab/quran yang mana tuhan telah menyatakan kepada kita umat manusia, bahawa hanya illah lah sahaja yang berkuasa untuk memberi petunjuk, dan hanya illah lah juga yang berkuasa untuk menyesatkan. Dan paling penting, hanya illah lah sahaja yang layak menilai baik dan buruk seorang umat di sisi-Nya.
________________________________________
Walaupun kita dituduh sebagai kafir, munafiq, murtad, dan sesat oleh pihak agamawan, tidak semestinya kita ini adalah ahli neraka. Dan walaupun mereka itu berada dalam kalangan agamawan yang menuduh orang lain sebagai kafir, munafiq, sesat dan murtad, tidak semestinya pula mereka itu adalah ahli syurga.

No comments:

Post a Comment