Hukuman Salang
Telah diriwayatkan apabila seseorang didapati melakukan kesalahan yang berat , seperti menderhaka kepada Raja,lari dari medan perang,membunuh,berzina dan lain-lain, hukuman yang setimpal dengan nya pada zaman kegemilangan kesultanan Melayu dahulu ialah " Hukuman Salang ". Hukuman salang ialah hukuman bunuh dengan cara menikam di pundak kiri ( Lekuk dibahu kiri ) pesalah hingga menembusi jantung nya,dengan menggunakan keris panjang atau keris bahari diberi nama " Keris Penyalang ". Orang yang dipertanggung jawabkan untuk menjalankan hukuman perintah Raja ini ialah " Datuk Petanda". .
.
Semasa hari hukuman salang dilakukan , pesalah diikat tangan nya kebelakang , mata nya ditutup dan duduk melutut. Seorang Penghulu ,12 orang panglima , Bendahara dan Kadhi hadir dihari hukuman salang dijalankan. Beberapa orang saksi mara kehadapan dan disoal oleh Bendahara . Setelah sahih bahawa tertuduh betul-betul melakukan kesalahan , maka hukuman salang dijatuhkan. Dua orang panglima berdiri disisi pesalah , sambil memegang tubuh orang yang hendak disalang.
Jika pesalah seorang Muslim maka Kadhi akan menyuruh pesalah mengucap dua kalimah syahadah . Datuk Petanda menghunus keris penyalang nya dan meletakan segumpal kapas diatas lekuk bahu kiri pesalah. Keris ditikam secara miring dalam anggota badan pesalah sehingga kehulu keris. Mata keris dicabut keluar dalam masa yang sama gumpalan kapas kekal dilekuk bahu kiri di tekap agar darah tidak memancut keluar. Pesalah akan meraung dan menggigil dengan kuat nya , sungguh menyeramkan .Jenazah kemudiannya diserahkan kepada waris untuk dikebumikan.
Sumber : Instagram @hikayat.melayu


No comments:
Post a Comment