Thursday, 26 March 2020

lepat

"Bersama akal yang buta ke atas kekuasaan Allah Ta'ala, dan gusar sangsi serta ragu pada kata kata Allah Ta'ala, dia pun bergegas membuat sebuah karangan berupa Sinis dengan mengikut hawa nafsunya semata-mata,
Selepas itu up kat Komen di ruang wall FB akaun Lepat.., Petik Nama Lepat.., Sedangkan dia sendiri bersahaja ciptakan provokasi kononnya budak Lepat inilah penyebab kenapa dia jadi bahalol, sesat dan liar,
Lantas sambil persetankan apa yang Allah sebut pada surah 34 ayat 50 tu, ' jelasnya didalam ayat tu tak ada pun sebut nama Lepat atau sesiapa pun, halusilah..
قُلْ إِن ضَلَلْتُ فَإِنَّمَا أَضِلُّ عَلَىٰ نَفْسِي ۖ وَإِنِ اهْتَدَيْتُ فَبِمَا يُوحِي إِلَيَّ رَبِّي ۚ إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِيبٌ
"Katakanlah lagi: "Sekiranya aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri, dan jika aku beroleh hidayah petunjuk maka yang demikian disebabkan apa yang telah diwahyukan oleh Tuhanku kepadaku; sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Dekat".- Surah Saba' 34 Ayat ke 50. (Renungilah)
Entahlah kenapa sampai sebegitu buta mata hatinya, sanggup berusaha mencipta fitnah, hanya kononnya demi perjuangan Agama, Ustad manakah yang telah mengajar ilmu 'berdusta' kepada akal nya?? Adakah dia sedang mengikut yang ramai di atas muka bumi ini, yang mananya gemar bersangka-sangka. Dengan segala tuduhan yang sebegitu kejam dan hina ke atas Lepat, lalu katakanlah siapakah yang sedang berada didalam keksesatan yang nyata? Adakah Nabi Muhammad SAW mengajar ilmu pakaian luaran semata mata?. Sedangkan setiap mayat seorang muslim akan dikapankan dgn 3 helai kain putih sahaja....Dan apakah pula Allah Taala hanya mengukur nilai kebenaran seseorang itu hanya kerana seseorang itu berada didalam golongan yang ramai?.
وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ
اللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta." -
Surah Al An Aam 6, Ayat 116,
❤️🌷✌🏽
🚶🏽‍♂️.......
Komen
Tuliskan komen...

No comments:

Post a Comment