Wednesday, 25 March 2020

ingkar larangan

Ketika aku mendapat ramlan perintah kawalan akan ditambah empat belas hari lagi. Teringat kisah nabi musa diperintahkan tuhan ke jabal nur. Dimana nabi musa disyaratkan berpuasa selama tiga puluh hari dan tidak boleh bersiwak (gosok gigi) selama itu. Bila hampir dekat dengan tempoh tamat , maka datang syaitan kepada nabi musa dengan berkata, wahai musa mulut kamu itu berbau busuk macam mana hendak bercakap dengan tuhan. Dengan itu lantas nabi musa pun bersiwak. Setelah bersiwak , pada hari ketiga puluh tuhan menegur nabi musa seraya berkata, wahai musa sesungguhnya syaitan telah menipu kamu sedangkan disisiku bau mulut orang orang yang berpuasa umpama haruman kasturi, dengan itu aku tambahkan hukuman selama selama sepuluh hari maka kesemuanya berjumlah empat puluh hari.


Disini sama dengan permasalahan kita, sedangkan rasulillah melarang orang islam keluar rumah, keluar dari negeri dan negara ketika berlakunya wabak, dan jika ingkar dosanya sama besar dengan lari dari medan perang besarnya dosa. Tetapi ada segelintir berkata ah mati itu urusan tuhan. Dia lupa larangan keluar itu pun dari tuhan , kerana perintah nabi itu pun dari tuhan. Jadi kerana ingkar ditambah lagi selama empat belas hari. Ingatlah jangan lawan larangan rasulullah duduk diam diam dalam rumah.

No comments:

Post a Comment