Wahai makcik bawang dan pakcik bawang sekalian jika tidak tahu selok belok hukum sila duduk diam diam. Sila buka kitab fathul baari atau kitab kifayatul qhulam. Disitu ada menyatakan dibolehkan untuk membatalkan solat jumaat atau solat bejamaah di masjid jika ada sesuatu musibah atau ada wabak merbahaya. Kerana ada dalil sahih ketika berlaku ribut yang teramat kuat dan hujan terlampau keras, maka rasulullah arahkan supaya solat dirumah masing masing. Jadi soalannya apakah nabi sendiri tak percaya pada takdir bahawa mati itu pasti?. Ingatlah tuhan sendiri melarang kita menghumbangkan diri kita ke lembah kebinasaan, kerana itu nabi perintahkan lakukan solat dirumah masing masing ketika berlaku musibah. Dan corona merupakan satu musibah besar, maka dari segi hukum kita diharamkan keluar dari negeri atau negara kita yang sedang menghadapi musibah, dan jugak kita diharamkan untuk pergi ke negeri atau negara tersebut. Jadi nak bercakap biar berilmu.
No comments:
Post a Comment