Wednesday, 1 January 2020

lepat

.ya Kekasih Allah ❤️
Suasana didalam biliknya berwajah sepi,
Dia menyandar pada dinding disebelah kanannya. Matanya jauh memerhati ke dalam benaknya sendiri.
Begitu bersungguh puak-puak yang buta pada mata batin, meviralkan berbagai fitnah demi untuk merebahkan semangatnya, dan demi juga mencelakakan akal dan perasaan nya.
Setelah beberapa saat berdiam. Tiba-tiba dia tersenyum sendirian
"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah, tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta" - Al Quran surah Al An aam, ayat ke 116.
.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?.
Iaitu orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
"Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak" - Al Quran Surah Al Kahfi, Ayat 103-104-105.
Dia sedari Allah tetap beserta walau sebegitu teruk mereka melemparkan fitnah kepadanya. dia terus saja senyum kerana dia sedari, sejelasnya dia tidak bersama golongan yang ramai dan yang mananya sedang di buai 'sangka-sanka' semata-mata.
"Ya Allah Ya Rasul, biarlah sejuta mulut kalut melepas kata-kata sirna dan fitnah ke arah keujudan ku, Aku akan tetap senyum, kerana dimata batin ku, Engkau adalah Cahaya yang sentiasa terang menyuluh segalanya,
Mereka akan tetap mereka, oleh itu ku kembalikan segala tuduhan mereka kepada Mu yang juga ada beserta dengan mereka, dan Aku akan tetap saja aku, walau sering terkapar dilukai, walau sering merasa haus dahaga, namun aku akan tetap teguh jujur dan selalu setia didalam menjunjung ini cinta.."
Lantas dicapai Gitar kapoknya, bersama jiwa yang bersahaja, lantas dimulakannya babak usaha untuk 'mengembirakan akal dan perasaannya' sendiri.
Sesungguhnya CINTA dan kasih sayang tidak pernah mati disebabkan kebencian dan penghinaan.

No comments:

Post a Comment