Kita tak perlu la nak acah acah terkejut, acah acah alim dan acah acah orang baik. Jika ada orang cerita keburukan diri kita , hina kita, umpat keji kita atau memburuk buruk kan kita dari belakang. Kerana itulah balasan keatas diri kita kerana kita pun pernah buat macam tu dekat orang. Kekadang iye dibibir mulut kita tak berbunyi tetapi dihati kita ada terdetik jugak, bohong la konon kita ni suci tetiba ada orang nak memburuk buruk atau fitnah ke kita. Ingat apa yang kita buat itu yang akan kita tuai balik, lama dah tuhan bagi peringatan. Walaupun kita kata kita dah taubat, sebenarnya dosa kita tuhan tak ampun sebab tu terjadi seperti itu. Kenapa tuhan tak ampun?. Sebab itu bukan dosa kita dengan tuhan , itu dosa kita sesama manusia, maka wajib kena minta maaf dengan orang tersebut. Jika tak nak pergi minta maaf , maka rasakanlah orang balas balik atas perbuatan kita tu. So tak payah la nak acah acah suci, jujur , ikhlas dan baik sangat. Baik ke, ikhlas ke, suci ke kita ni. Tak payah la nak cover dah memang kita pun perangai lahanat jugak.
No comments:
Post a Comment