Thursday, 2 January 2020

berbuduan

Budu penuh dengan simbolik , begitu hebat orang melayu kita, tetapi ramai yang tidak tahu dan faham.
Gulai kalau ada orang lain masukan tangan kedalam mangkuk gulai sudah pasti tidak akan ada orang lain masukan tangan ambil isi untuk dimakan kerana selera sudah tidak ada.
Tetapi budu sifatnya masin ditambah cili menjadi pedas. Semakin banyak jari yang mencicahnya semakin sedap dan berselera. Jadi begitulah kita orang melayu , semakin ramai bersatu dan duduk sekali semakin kuat semakin utuh. Itulah simbolik disebalik ciptaan budu oleh orang melayu. Walaupun perangai pelbagai ragam tidak ada persamaan, tetapi apabila kita bersatu maka hilang segala sangkaan buruk antara satu sama lain maka kukuh dan untuhlah perpaduan melayu kita. Sebagaimana kita mencicah budu kita tidak hirau dan tidak menjadi masalah ramai ramai celup tangan kedalamnya, kerana sama sama faham adat mencicah budu wajib dengan tangan. Walaupun budu ada bau yang melekat ditangan tetapi kita boleh hadapi dengan tenang dan menerima baik. Begitulah kita melayu jika bersatu maka setiap kekurang setiap individu bangsa kita sudah pasti kita dapat terima dengan penuh tenang asal perpaduan sesama kita kukuh dan padu.

No comments:

Post a Comment