Thursday 15 March 2018

SIAPA STEPHEN HAWKING?

SIAPA STEPHEN HAWKING?
1) Seorang ahli saintis lahir pada 8 Januari 1942 dan meninggal dunia pada 14 Mac 2018 yang sangat diakui jasanya dalam ilmu fisik teori.
2) Melalui kajian beliau, terhasil penemuan baharu yang dikenali Teori Big Bang.
3) Teori ini menyatakan setiap sesuatu yang wujud sekarang pada asalnya bersatu pada sesuatu yang padu pejal. Kemudian, berlaku letupan yang mana terhasil daripadanya partikel, atom dan lain-lain perkara yang menjadi asas planet, matahari dan galaksi. Terciptanya planet atau galaksi yang wujud sekarang adalah melalui 6 fasa dalam masa yang amat panjang.
4) Teori ini sangat bermakna bagi perkembangan dunia sains. Namun, sayang sekali kerana melalui teori ini beliau telah menafikan kewujudan tuhan. Bahkan, beliau mendakwa konsep ketuhanan pada mana-mana agama adalah salah kerana padanya alam ini diatur secara lansung oleh hukum sains. Maka dengan itu, beliau menjadi tokoh ateis yang disegani.
5) Sekiranya beliau mengkaji lebih lagi, pasti beliau akan menemui fakta ini yang diterangkan dalam kitab suci bagi suatu agama, yang tentunya agama Islam. Allah taala berfirman:
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا ۖ وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?" (Al-Anbiya: 30)
6) Jelaslah bahawa teori BigBang yang dikaji olehnya itu telah lama diperincikan dalam Al-Quran. Bahkan pada teorinya menyatakan kewujudan alam ini melalui 6 fasa itu juga telah Allah firmankan:
إن ربكم الله الذي خلق السماوات والأرض في ستة أيام
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa" (al-'Araaf: 54)
7) Saya yakin, jika Stephen Hawking menemui fakta ini, beliau akan berakhir sebagai seorang muslim seperti mana yang berlaku pada Profesor Tejatat Tejasen, Ketua Jurusan Anatomi di Chiang Mai, Universiti Thailand yang memeluk Islam kerana menyedari bahawa penemuan terbaharunya berkaitan kulit dan sensitivitinya telah lama dijelaskan dalam Al-Quran iaitu Allah berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا
"Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti dengan kulit yang lain, agar mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (An-Nisa': 56)
8 ) Jika kita perhatikan, ayat berkaitan kulit dan sebelum ini ayat berkaitan dengan BigBang, Allah menyasarkan ayat tersebut kepada orang kafir. Hal ini jelas, menunjukkan jika benar orang kafir mengkaji dan kembali tadabbur al-Quran pasti imannya semakin kukuh dan teguh.
9) Di atas asas yang sama, kita dalam pengajian sifat 20 banyak mengambil kejadian alam dan makhluk sebagai dalil aqli bagi mengukuhkan aqidah. Hal ini kerana, Allah mengkhabarkan seluruh orang kafir menyesal di neraka kelak dan menyatakan:
وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ
"Dan telah berkata orang-orang kafir dalam neraka: Kalaulah dahulu kami mendengar dan kami mengunakan aqal memikirkan (peringatan itu) nescaya kami tidak termasuk dalam golongan yang menghuni neraka" (Al-Mulk: 10)
10) Kukuhkanlah ilmu dan aqidah kita. Kita bukan tidak mempunyai hujjah dan ilmu, tetapi kita tidak mempunyai keazaman dan kesungguhan dalam menuntut ilmu agama.
Disediakan oleh:
Hafiz Al-Za'farani (HAZA)

No comments:

Post a Comment