Tuesday, 6 March 2018

PERIHAL SOLAT

PERIHAL SOLAT
________________________________________
Bila ditanya "mengapa engkau solat?"
Maka bermacam-macam jawapan 
yang diberikan orang..
________________________________________
Ada yang bersolat kerana berkehendak pada pahala dan syurga, dan segala macam nikmat yang dijanjikan. Ini orang makan gaji namanya. Tiada upah, maka tiadalah dia bekerja..
________________________________________
Ada yang bersolat kerana melihat datuk dan nenek dan juga moyangnya dulu bersolat. Ini solat keturunan namanya. Tiada keturunan, maka tiadalah dia menunaikan solat..
________________________________________
Ada yang bersolat sebab katanya nabi juga menunaikan solat. Ini islam padang pasir namanya. Sekadar regangan dan senaman cara arab. Berpeluh dapat, kurus pun dapat..
________________________________________
Ada pula yang bersolat kerana katanya itu tuntutan agama. Tapi bila ditanya mengapa agama menuntut kita solat, maka jawapan nya "krik krik krik". Ini islam cetak rompak namanya.. kulit cantik, isi hampa..
_____________
Jadi makanya;
Mengapa kau SOLAT?

No comments:

Post a Comment