Thursday 15 March 2018

Makrifat

Makrifat
Makrifat adalah ilmu yang paling rendah sekali , bukan ilmu yang paling tertinggi. Makrifat ini ilmu permulaan dalam kehidupan ini untuk menjadi sebenar benar insan. Jika tak kenal atau tak mengetahui ilmu ini maka jadilah haiwan berjasad manusia selama lamanya. Kerana awal kehidupan (ad din) itu mengenal Allah , bukan kenal syariat, atau thariqat, atau hakikat tetapi makrifat yakni mengenal Allah inilah permulaan kita. Tak guna bersyariat kalau tak kenal Allah , tak guna berthariqat kalau tak kenal Allah dan tak guna berhakikat kalau tak kenal Allah, kerana jika tidak mengenal Allah semuanya terbatal tidak sah. Ingatlah syariat , tharikat dan hakikat itu untuk insan bukan untuk haiwan berjasad manusia. Untuk menjadi insan maka wajiblah awal kehidupannya mengenal Allah.

No comments:

Post a Comment