Tuesday 13 March 2018

KEBAIKAN vs KEJAHATAN

KEBAIKAN vs KEJAHATAN
________________________________________
Kejahatan... sang kejahatan yang sebenar, bukanlah bererti tiadanya langsung sang kebaikan... ianya hanyalah suatu keyakinan bahawa sang kebaikan tidak akan pernah muncul kembali...
________________________________________
Dunia ini semakin ditelan dengan kejahatan... dan sementara kita mempunyai sebab yang kukuh untuk berasa takut... kita juga turut mempunyai keyakinan yang utuh untuk menjadi berani...
________________________________________
Di kalangan para manusia yang bodoh dan jahil, akan sahaja ada beberapa orang yang pintar dan arif... carilah mereka... Dan di kalangan para pengecut yang ramai, akan sentiasa sahaja ada beberapa orang yang berani... sertailah mereka...
________________________________________
Golongan inilah yang akan membimbing dan mengingatkan anda, bahawa harapan itu sentiasa ada... dan mereka inilah yang akan menyedarkan anda, bahawa hanya dengan mengenali yang hitam, barulah anda dapat menjadi yang putih...

No comments:

Post a Comment