Monday 19 March 2018

CINTA KETUHANAN

CINTA KETUHANAN
=================
Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segala
sudut dan dari segala arah mana saja ia menghadap. Ahli Hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri. “Ke mana saja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah” (Al-Qur-an)
________________________________________________
“Ke mana saja kamu memandang”, sama ada dengan deria atau akal atau khayalan, maka di situ ada Wajah Allah”.
________________________________________________
Persoalan kita kenal dan tahu berkenaan ahli makrifat dan apakah makrifat itu tidak timbul di sini. Petah berkata-kata dan cekap dalam berhujah berkenaan dengan apa yang berkaitan dengan mereka tidak diperlukan di sini.
________________________________________________
Apa yang perlu di sini adalah kesedaran diri kita berkenaan pekerjaan dan keadaan mereka. Mereka cuma ada satu pandangan sahaja yakni “Ke mana saja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah”
________________________________________________
Tahu dan boleh tidak sama dengan “yang sedar diri”. Yang sedar kepada pekerjaan diri mereka dan yang sedar dengan keadaan diri mereka.
________________________________________________
Apabila diminta mereka berkata, maka mereka akan bertutur mengikut pekerjaan diri mereka dan mengikut keadaan diri mereka. Bukan dengan sangka-sangkaan ilmunya, bukan dengan cerita itu dan cerita ini, tetapi disampaikan mengikut kesedaran berkenaan pekerjaan dirinya dan keadaan dirinya.
________________________________________________
Mereka berkata dalam keadaan sedar diri dan bertutur dengan bahasa pekerjaan dan keadaan dirinya.
________________________________________________
Ini bukanlah soal Mengenal Allah apabila hijab itu tersingkap, tetapi adalah soal MengenalNya dalam hijab itu sendiri……….Kesempurnaan adab itu ialah memerlukan hijab itu dipelihara………
________________________________________________
Berhadapan dengan yang buta tidaklah perlu kebenaran itu dipertahankan. Tidak usah berhujah, jauh sekali daripada berjidal kerana itu adalah hal-ahwal mereka yang buta. Biarkan si buta melalak-lalak mempertikaikan barang yang kita miliki. Walau bagaimana kita susun aturkan perihal barang milik kita dengan kata-kata yang benar, si buta akan tetap tidak akan dapat nampak “barang pesaka’ yang kita simpan. Kefahaman mereka berkenaan barang pesaka ini tidak sama dengan mata yang melihat dan menyaksikan keujudannya. Bersabarlah dengan lidah yang kelu tanpa bahasa.
________________________________________________
Jika pemberian yang sedikit itu sudah kita hilang kesabaran diri, bagaimana mungkin untuk menanggung sesuatu yang lebih besar.karna syariat itu umpama klas 1SD jadi sampe kapan anda akan duduk di klas 1 tersebut..Di karenainilah kbanyakan org yang panatik kpada ilmu hakikat yang kadang"org megeritiknya bahkan ada yg berkata GA BAIK TUAK ANDA PAPARKAN ILMU INI KPADA UMUM.YANG BAIK ANDA PAPARKN HANYALAH SYARIAT. Bila perlu saya akan kupas habis BIAR ANDA PADA TELANJANG SEMUA.ini sudah dekat"mau mati maru mau terhegeh-egeh untok kenal Allah...sonooooo tuh LOBANG SEMAK.mnunggumu..
___________________
(Tuak Lombok ilahi)

No comments:

Post a Comment