AS SOLATUL DAIMUL HAQ
(SOLAT DAIM)
(SOLAT DAIM)
Ada beberapa sahabat dan murid penggemar aliran kerohanian dan hakikat makrifat bertanya tentang fatwa ustaz-ustaz syariat dan ulamak-ulamak fekah yang menyatakan sesatnya fahaman atau amalan solat daim yang dikatakan tiada dalam islam.. Akibatnya timbul kontroversi dan perasaan was-was juga ragu-ragu di kalangan penuntut aliran kerohanian dan penggemar ilmu hakikat makrifat..
Di dalam Al-Quran ada menyebut:
"Hendaklah kamu menjaga solat-solatmu dan solat wustha (yang di tengah)"
[Al-Baqarah: 238]
Yang dimaksudkan dengan solat oleh ahli fekah (syariat-zahir) ialah gerakan seluruh badan yang zahir.. Seperti berdiri, lidah membaca, rukuk, sujud, duduk, mengeluarkan suara dan bacaan-bacaan tertentu.. Oleh kerana itu di dalam Al-Quran disebut 'salawat' (beberapa solat).. Akan tetapi dalam ilmu tarikat dan hakikat kerohanian adalah solatnya hati sepanjang masa dan selamanya, sebagaimana tersebut di dalam Al-Quran "Solatul Wustha" iaitu solat hati, kerana hati berada di tengah badan; antara kanan dan kiri, antara atas dan bawah, antara bahagia dan celaka..
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia ada di antara dua jari-jari Allah.. Allah membolak-balikkannya sesuai dengan kehendakNya.."
Dari ayat dan hadis tersebut di atas dapat diketahui solat yang utama ialah solat hati.. Apabila solat hati dilupakan, maka rosaklah solatnya.. Apabila rosak solat hati, maka rosak pulalah solat seluruh badan..
Sabda Rasulullah s.a.w;
"Tidak sah solat seseorang kecuali disertai dengan hadirnya hati…"
Solat daripada sudut pandang syariat (feqah) mempunyai waktu khasnya tertentu, di dalam sehari semalam, sebanyak lima kali yang difardhukan, dan sunat dilakukan di masjid dengan berjemaah.. Sama-sama menghadap ke arah kaabah dan mengikuti imam, tanpa disertai perasaan riyak dan sum'ah..
Solat tarikat dan hakikat atau kerohanian tasawuf dilakukan selamanya dan sepanjang masa (daim) tanpa batas waktu selama hidup di dunia dan di akhirat nanti.. Masjidnya ialah hati.. Berjemaahnya ialah terpadunya kesucian batin dengan selalu memperdengarkan tauhid dengan lisan batin.. Imamnya ialah rasa rindu di dalam hati untuk sampai (wusul) kepada Allah.. Kiblatnya ialah hadhirat Allah yang Maha Tunggal dan keindahan ketuhanan..
Itulah kiblat yang hakiki... Hati dan ruh selamanya (Daim) tidak terlepas dari solat ini... Adakah sesat ini?! Hakikatnya hati tidak pernah tidur dan tidak akan mati tetapi ia sentiasa mempunyai kegiatan di saat tidur mahupun ketika jaga..
Solat hati dilakukan dengan hidupnya hati tanpa suara, berdiri, dan duduk.. Ia sentiasa berhadapan dengan Allah dan senantiasa terjaga dengan ucapan "KepadaMu kami beribadah dan kepadaMu kami mohon pertolongan" dan mengikuti Nabi Muhammad s.a.w. kerana begitulah keadaan Nabi s.a.w... Maka sesatkah ini?!
Ayat "iyya kana'budu wa'iyya kanas ta'iin" mengikut tafsir Al-Qadhi disebut bahawa ayat ini merupakan isyarat tentang hati seseorang yang sudah makrifat kepada Allah, yang telah berpindah dari keadaan ghaib (memandang Allah secara ghaib) beralih kepada Hadrat Ahadiyat (Selalu merasa bersama Allah) sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. "Para Nabi dan para wali senantiasa solat (Daim) walau telah berpindah alam (wafat), seperti halnya mereka solat di rumahnya" yakni mereka selalu bermunajat dengan Allah kerana hatinya sudah hidup... Adakah ini sesat?!
Bagi golongan tarikat, hakikat dan kerohanian, seseorang akan putus perhubungan dengan Tuhan andai bergantung kepada solat lima waktu sahaja.. Sedang ada antara sufi sejati yang menyatakan "lupa daku sesaat terhadap Tuhanku aku menghukum diriku kafir".. Oleh itu seseorang hendaklah tahu 'solat daim' iaitu solat yang sangat agung dalam nisbah hubungan seorang insan dengan Rabbnya... Adakah ini sesat?!
Orang Arifin Billah berpendapat bahawa sembahyang atau solat itu ialah: Jasad ialah Nafas ialah Hati ialah Rahsia (Sirr) ialah nyawa... Contoh: Adapun solat jasad (tubuh) membawa fardhu dan sunat... Solat Nafas ialah "Keluar dan masuk dalamnya... Syurga yang mulia... Solat Qalbi (hati) ialah putus daripada makhluk dan diikatkan hati serta Allah iaitu dalam keadaan solat yang berkekalan (Solat Daim)... Sesatkah ilmu ini?!
KESIMPULAN
Fikirkan dan ambillah iktibar daripada sabda Rasulullah s.a.w. walaupun kita ini belum mengetahui cara (methodologi) solat daim atau solat berkekalan yang sekilas sahaja dibicarakan di ruangan ini.
Sabda Rasulullah s.a.w;
"Sesungguhnya ada sebahagian ilmu yang diibaratkan permata yang terpendam, tidak dapat mengetahuinya kecuali Ulamak Billah.. Apabila mereka mengungkapkan ilmu tersebut maka tidak seorang pun yang membantahnya kecuali orang-orang yang tidak faham tentang Allah.."
(H.R. Imam Tirmidzi)

No comments:
Post a Comment