Wednesday 30 November 2016

REDHA ALLAH

REDHA ALLAH
Ada seorang ahli ibadah (abid) yang telah beribadah selama 500 tahun, di sebuah pulau yang terpencil. Allah s.w.t. menyediakan rezeki yang tidak pernah putus kepada beliau, dalam bentuk sebiji delima setiap hari, dan sebuah mata air sebesar ibu jari. Kehidupan beliau sehari-hari hanyalah beribadah kepada Allah s.w.t. dan tidak pernah melakukan maksiat kepadaNya.
Pada penghujung hayat beliau, Allah memerintahkan malaikat maut pergi berjumpa dengan si abid. Lantas si abid berkata kepada malaikat "wahai malaikat, sebelum engkau mencabut nyawaku, terlebih dahulu, pergilah engkau bertanya kepada Allah s.w.t. syurga manakah yang akan aku diami di akhirat kelak"
Maka malaikat pun pergi bertanya kepada Allah akan soalan si abid itu. Lantas Allah menjawab "tempat engkau wahai si abid, adalah neraka yang paling bawah, kerana engkau beribadat kerana mengharapkan ganjaran pahala dan syurga semata-mata, bukan beribadat kerana Aku"

No comments:

Post a Comment