Monday 9 March 2015

Saidina umar


Dalam sebuah riwayat, Saidina Umar RA sedang berkhutbah. Tiba-tiba di tengah-tengah dia sedang berkhutbah tu, dia menyebut benda yang tak termasuk dalam tajuk ucapan khutbah. Iaitu dia sebut,"Wahai Sariah; larilah ke gunung! larilah ke gunung! larilah ke gunung!" Kemudian dia sambung khutbahnya kembali. Sahabat-sahabat yang sedang memerhati , mula rasa pelik., kerana sahabat yang bernama Sariah pada waktu itu sedang bertempur di kawasan perbatasan Rom. Rupa-rupanya ,di waktu sedang khutbah itu tadi,ALLAH telah mempamirkan di hadapan Umar secara ‘langsung’ bagaimana Sariah bersama-sama dengan tentera-tentera Islam sedang dikepung musuh.Lalu Saidina Umar RA melihat sambil beliau berkhutbah, ada sebuah gunung di belakang tentera Islam, lalu Umar RA melaungkan,"Wahai Sariah; larilah kegunung! larilah ke gunung! larilah ! ke gunung!." Maka dengan kehendak ALLAH ,Sariah di Rom dapat mendengar laungan Umar  RA di Madinah. Lalu apabila Sariah mengikut arahan itu, maka selamatlah tentera-tentera Islam.Kemudian apabila Sariah pulang, sahabat-sahabat lain pun  bertanya,"Wahai Sariah, adakah kamu mendengar benda-benda pelik sewaktu kamu sedang perang dulu?"…Sariah berkata,"Ada. Aku dengar suara Umar, yang mengarahkan aku lari ke gunung.Dan apabila aku menarik tentera-tenteraku ke gunung, maka selamatlah aku daripada musuh.
"Takutilah firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah"

No comments:

Post a Comment