Sunday 21 December 2014

pilih 3


Kalau kita lihatkan ada 3 pilihan ketika tentera Arab Islam memasuki sempadan negeri orang...
i. masuk Islam atau
ii. bayar Jizyah atau
iii. perang
Pilihan pertama tu adalah masuk Islam, iaitu kalau masuk Islam, tentera Islam pun beredarlah, sebab rakyat tempatan dah masuk Islam. Tak semestinya duduk bawah pemerintahan Arab. Betul tak?
Pilihan kedua tu bayar Jizyah adalah pilihan kalau tak nak masuk Islam, kena bayar Jizyah kat Arab, bermakna masuk bawah pemerintahan Arab. Kalau tak nak masuk Islam pun tak per tapi bayar cukai kat Arab. kat sini kita lihat ianya bukan mengenai agama pun, tak de kena-mengena dengan agama.
Pilihan ketiga tu kalau tak nak kedua-dua di atas. Maknanya nak tak nak pun kena jugak
Kerajaan Arab ketika tu kuat sehingga boleh beri kata putus kat orang untuk masuk Islam, atau bayar cukai atau perang. Tradisi ni hanya benar semasa kerajaan Khalifah Ar Rashidin, lepas tu tak de dah, sebab Arab sendiri dah duduk bawah pemerintahan bangsa lain (Syria-Umayyah, Iraq-Abbasiah, Mesir-Fatimiyah dan Turki-Uthmaniah)
Kerajaan Arab berakhir lepas Khalifah Ali Ibn Abi Thalib k.w.j

No comments:

Post a Comment