Saturday 29 November 2014

kaki


Info Kesihatan
‪#‎mesti‬ baca Aduhh sakitnyer kaki nii
Adakah anda seorang shopping holic atau yang suka bercuti dan mampu berdiri dan berjalan berjam-jam lamanya? Lama-kelamaan kaki anda akan hilang kekuatannya, sama ada dimamah usia atau tidak dijaga kesihatannya.
Berapa jauh dan lamanya kita berdiri dan berjalan boleh juga memberikan kesan terhadap kesihatan kaki kita terutama jika kita telah mempunyai sejarah kesakitan kaki sebelum ini seperti pernah terseliuh atau patah.
Jenis-jenis kesakitan kaki
# sakit bahagian tapak kaki belakang @ plantar fasciitis
# sakit kaki yang menjalar hingga ke betis @ metatarsalgia
# sakit bahagian depan kaki @ shin splint
Faktor-faktor penyebabkan anda mengalami sakit kaki
# Bentuk kaki yang leper dan rendah lengkungan bahagian dalam kaki @ Pes Planus
# Bentuk kaki yang mempunyai lengkungan dalam yang tinggi @ Pes Cavus
# Pemilihan kasut yang tidak betul dan tidak menyokong lengkungan tapak kaki atau bertumit tinggi
# Kecederaan seperti patah atau terseliuh
# Berat badan berlebihan (BMI) melebihi 30 kilogram meter persegi (kg/m2)
# Melakukan aktiviti tanpa kasut yang sesuai
Tapak kaki kita mempunyai saraf yang menghubungkan dengan organ-organ tertentu di badan kita. Urutan refleksologi adalah salah satu rawatan BERKESAN untuk mengubati masalah sakit tapak kaki
Saya sedia membantu rakan LELAKI yang mengalami masalah kesihatan melalui teknik- teknik URUTAN yang ternyata BERKESAN, MURAH dan MUDAH terus ke rumah anda.

No comments:

Post a Comment