Saturday, 1 July 2017

SEJATI ISLAM

MAKNA SEJATI ISLAM
"Innad Dina 'Indallahil Islam"
"Sesungguhnya jalan hidup di sisi
Tuhan adalah jalan berserah diri"

Ayat Al-Quran di atas menunjukkan bahawa risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad mengiktiraf jalan hidup apa pun asalkan jalan hidup itu mengamalkan sikap berserah diri dalam menjalani kehidupan.
Kata “Islam” berasal dari bahasa Arab “Aslama-Yuslimu”, yang bermakna berserah diri. Orang Jawa menamai sikap berserah diri itu dengan istilah sumeleh dan sumarah.
Dengan demikian, orang yang secara formal beragama Buddha, Hindu, Kristian, atau apa jua, jika ia menjalani perilaku berserah diri, maka ia layak disebut Muslim. Sebaliknya, jika orang yang secara formal beragama Islam namun tidak menjalani perlakuan berserah diri, ia tidak layak disebut Muslim.
Menjadi seorang Muslim itu sungguh berat. Ia harus senantiasa berusaha membersihkan egonya untuk sepenuhnya berserah diri kepada Tuhan, kerana tiada daya dan upaya selain kerana kehendak Tuhan seperti yang selalu disebut "La hawla wala quwwata illa billah". Itulah sebabnya Islam (jalan berserah diri) disebut sebagai Rahmatan Lil Alamin (rahmat bagi alam semesta).
Dan jika engkau bertemu dengan orang yang secara formal beragama Islam, tetapi amat mudah sekali mengkafirkan orang lain yang tidak sesuai dengan dirinya dan kefahamannya, maka ia belum lagi layak untuk disebut Muslim.
Meskipun di kad pengenalan tertera agamamu Islam, sungguh engkau seharusnya malu untuk mengatakan dirimu seorang Muslim. Jadikan kemusliman sebagai cita-cita tertinggimu. Engkau seharusnya terus berusaha untuk menjadi Muslim, walau apa pun agama formalmu.
#ISLAMvsMUSLIM

No comments:

Post a Comment