Suatu ketika, Aesop iaitu ahli falsafah dari Yunani ditanya tentang apa itu erti keberanian. Maka, ia menuturkan kisah pemburu yang memasuki hutan liar dengan senjata lengkap. Begitu jauh masuk ke hutan, ia bertemu dengan penebang kayu yang sederhana. Dengan niat ingin berlagak berani, sang pemburu bertanya, “Apakah kamu melihat jejak singa?”
Tanpa disangka, penebang itu berkata, “Oh, iya. Kebetulan saya baru melihat beberapa ekor singa berdekatan sungai. Kalau mahu, saya boleh menghantarmu langsung ke sana.”
Pemburu yang terkejut itu pun berkata, “Oh, tidak perlu, terima kasih. Saya hanya ingin melihat jejaknya dulu.”
No comments:
Post a Comment