Wednesday, 19 July 2017

Awwaluddin ma'rifatullah

Awwaluddin ma'rifatullah
Permulaan agama itu mengenal Allah, iaitu mengenal perkara yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah taala. Demikian juga perkara yang wajib, mustahil dan harus bagi nabi, dalam ertikata perkara yang hak bagi Allah dan segala Rasul...
Ertinya, agamalah yang mengenal Allah itu, adalah agama itu sendiri sudah mengenali Allah taala lebih dahulu semasa kita belum ada di dunia ini lagi, ia sudah sedia mengenalinya. Justeru itu, sekarang kita wajib mengenalinya,iaitu agama, bila kenal agama sudah pasti kenal Allah.
Apa yang dimaksudkan dengan yang bernama Agama itu ialah kalimah "laa ilaha illa Allah ". Jadi wajib bagi orang orang islam mengetahui hakikat kalimah ini. Sebab itulah kedatangan syara' mewajibkan setiap orang islam mempelajari ilmu usuluddin sebagai sebab untuk menyempurnakan pengetahuan bagi hakikat kalimah ini, agar iman seseorang itu dapat diterima.

No comments:

Post a Comment