Wednesday, 1 February 2017

hakikat garam

Assalamualaikum kepada semua kekasih-kekasih Allah.............
Mengenal diri melalui kiasan garam dan mengenal Allah melalui kiasan masin. Sebelum itu, ingin saya ajuka satu persoalan yang berbunyi, kenapakah ikan tidak masin selama hidup di dalam laut? Masinya ikan itu bilamana direndam dengan garam, kenapa ikan tidak masin bilamana berada di dalam lautan masin.
Pelajaran ini, adalah satu pelajaran dan satu kiasan yang teramat besar bagi mengajar kita mengenal diri dan mengenal Allah Taala dala erti kata mengenal sebenar-benar mengenal dengan nyata dan jelas. Sayangnya tidak ramai dari kalangan kita yang mahu berfikir dan mengambil iktibar darinya. Allah jadikan kiasan ikan dan lautan masin itu adalah semata-mata bertujuan bagi mengajar kita erti mengenal diri mengenal Allah Taala.
Bagi mereka yang berpandangan jauh, akan dapat mengambil iktibar melaluinya. Ikan tidak masin kerana ikan "belum mati". Disebabkan ikan belum matilah makanya ikan tidak masin semasa berada di dalam lautan masin. Sebaliknya setelah mati atau setelah berpisahnya nyawa dari jasad ikan barulah ikan beroleh masin dan barulah ikan akan menjadi masin bilamana berada di dalam lautan garam.
Begitulah jugalah dengan diri kita bilamana iktibar ikan itu ditafsir, dirujuk atau diletakkan kepada diri kita maka dapatlah kita mengenal Allah melaluinya. Mengenal Allah itu hendaklah terlebih dahulu mematikan diri sebelumnya. Sebagaimana kiasan ikan dengan air laut. Masinnya ikan itu setelah mati dan begitu juga kita. Mengenalnya kita kepada Allah Taala itu adalah setelah kita matikan diri kita sebelum kita mati. Sebagaimana matinya ikan untuk mendapat masin sebegitulah diri kita. Untuk mengenal Allah (untuk mendapat masin) itu, hendaklah terlebih dahulu mematikan diri (mati sebelum mati).
Iktibar ikan itu, hendaklah diiktibarkan atau (diletak pada diri kita), barulah Allah dapat kita kenal. Jikalau ikan kita matikan dulu baru ikan itu beroleh masin. Demikian itu jugalah pada diri kita, jika kita mahu mengenal Allah (mahu menjadi masin seperti ikan), hendaklah kita matikan dulu diri kita.
Amin drp Bahtera Usang Tiada Kemudi.

No comments:

Post a Comment