*TARGHIB - Ingatan dan al-Quran*
Sayyidina Abdullah bin Mas'ud ra berkata, "sekiranya kamu mahukan ilmu maka hendaklah kamu memikirkan dan mendalami makna2 al-Quran. Kerana didalamnya terdapat ilmu2 orang terdahulu dan orang terkemudian..
Walaubagaimanapun, untuk memahami makna2 al-Quran, kita perlu menjaga beberapa syarat dan adab. Bukan seperti yang berlaku di zaman kita ini, seseorang yang hanya mengetahui beberapa perkataan arab bah kan yang tidak tahu sepatahpun, cuba untuk mentafsir ayat2 al-Quran melalui pandangan sendiri hanya berpandukan terjemahan al-Quran.
Para Ulama' *menggariskan 15 jurusan ilmu yang harus dikuasai dalam ilmu tafsir al-Quran.*
Secara ringkasnya seperti dibawah:-
1. Lughah ( bahasa arab)
2. Nahu
3. Sorof
4. Isytiqaq
5. Ilmu ma'ani
6. Ilmu bayan
7. Ilmu badi'
8. Ilmu qira'at
9. Ilmu aqidah
10. Ilmu usul fiqh
11. Ilmu asbab un-Nuzul
12. Ilmu nasikj mansukh
13. Ilmu fiqah
14. Hadith2 yg berkait dengan sesetengah ayat al-Quran
15. Ilmu mauhub.. Yg merupakan ilmu kurniaan Allah SWT kepada hamba2Nya yang terpilih. Perkara ini dibayangkan oleh baginda SAW melalui hadithnya *maan 'amila bihaa 'alima warrathahullahu'ilma maa lamya'laam..* *bermaksud,* _sesiapa beramal dengan apa2 ilmu yang telah diketahuinya nescaya Allah SWT akan menganugrahkan kepadanya ilmu yang belum diketahuinya_... Dan terdapat lagi kisah para sahabat lainnya dibawah kisah ini yang berkaitan.
Semoga Bermanfaat..☝🏼Allah Kuasa
No comments:
Post a Comment