*Quality Audio & Video diperbaiki Multi Camera*
Setelah menonton sesi Muzakarah ini.Anda akan dapati Manhaj Ustaz Mashadi Masyuti Meragukan..belia tidak sependapat dng Ahli Sunnah waljamaah..
Part 1# https://www.youtube.com/watch?v=SQw-DVIswu4
Part 2# https://youtu.be/DVHhY9Cjnto
Part 3# https://www.youtube.com/watch?v=o0gjSPpQ860
Part 4# https://youtu.be/PBSkr3epO9o
Part 5# https://www.youtube.com/watch?v=QjQARNj-rfk
1. Dia mendakwa sifat Allah ada kaifiat. Walhal tiada satu nas pun yang membuktikan sedemikian.
2. Sifat khabariyah bukan dari ayat2 mutasyabihat. Maksudnya dia menganggap nas2 mutasyabihat sbg muhkam dan perlu di ambil secara zahir. Ia jelas membawa kpd tajsim dan tashbih.
3. Ustaz Mashadi mendajwa Takwil tidak ada dlm Aswj. Walhal dalam kitab2 Ulum al-Quran takwil digunakan ASWJ secara berdisiplin dan meluas.
4. Ustaz Mashadi mendakwa Allah bersemayam di atas Arash. Sedangkan BERSEMAYAM dlm bahasa Melayu bermaksud menetap, mendiami@ menduduki. Maha Suci Allah SWT.
5. Ustaz Mashadi mendakwa sumber akidah ada 3 sahaja : Al Quran, Sunnah dan Ijmak. Ertinya dia Menolak penghujahan aqal sbg sumber aqidah. Sdgkan penghujahan aqal dlm akidah sabit dgn banyak nas dlm al Quran, Hadis dan diperakui secara ijmak.
6. Ustaz Mashadi menuduh Maulana Ehsan dari Madrasah Mifftahul Ulum sbg Mujassimah. Sdgkan Maulana Ehsan hanya menyuarakan kebimbangan nas mutasyabihat jika difahami org awam secara zahir.
7. Ustaz Mashadi juga seringkali tersalah dalam membaca hadis Nabi saw dan memberi maksud. Antaranya lafaz BUHBUHATUL JANNAH didiakwa beliau sbg Bauan Syurga. Walhal maksudnya tempat istimewa di dalam syurga.
8. Di akhir penggulungan hujjah, Mashadi mendakwa team Aswaja gagal menjawab tajuk, sibuk dgn istilah dan gagal menjawab soalan beliau serta manipulate kenyataan. Walhal video yabg sebenar menyaksikan beliau yang gagal membahas tajuk, fokus istaula muktazilah, sibuk tanya tntg istilah, manipulate isu, membawa keraguan dan gagal membawa manhaj yang jelas dlm berinteraksi dgn nas sifat.
No comments:
Post a Comment