"AKULAH JALAN ITU"
Akulah jalan itu,
Apalah ertinya kekayaan tanpa pengemis?
Kemurahan tanpa tamu,…
Kemurahan tanpa tamu,…
Jadilah pengemis dan tamu;…
Kerana kecantikan mencari cermin;…
Kerana kecantikan mencari cermin;…
Air merintih bagi orang yang kehausan.
Keputus-asaan dan kefakiran adalah pengikat yang lazat bagi batu permata rubi itu.
Kefakiranmu adalah buraq;…
Janganlah menjadi keranda yang membebani pundak orang lain.
Janganlah menjadi keranda yang membebani pundak orang lain.
Syukurlah engkau tidak memiliki sarana apa pun;…
jika tidak demikian engkau akan bersikap seperti seorang Fir’aun.
Doa Musa adalah: “Rabbi inni limaa anzalta ilayya min khairi fakiir.”
Jalan yang ditempuh Musa penuh dengan keputus-asaan dan kefakiran dan itu adalah satu-satunya jalan menuju Tuhan.
Dari semenjak engkau masih bayi bilakah keputus-asaan pernah mengecewakanmu?
Jalan yang ditempuh Yusuf membawanya masuk ke dalam sumur,…
Janganlah melarikan diri meninggalkan papan catur dunia ini,…
Kerana ini adalah papan-Nya, dan kita mati langkah! … Mati langkah.
Lapar membuat roti keras lebih lazat daripada halvah.
Kegelisahanmu adalah kesalahan cerna makan bagi nafsumu;
Carilah kelaparan, kerinduan, dan kefakiran!
Tikus itu seekor pengerat.
Tuhan memberinya akal yang sesuai dengan kefakirannya.
Tanpa kefakiran, Tuhan tidak melimpahkan sesuatu pun.
Bagaimana caranya engkau akan membuat-Nya terkesan,
bukankah hutangmu kepada-Nya tidak terhitung?
Seorang pengemis akan memperlihatkan kebutaan dan kustanya, tidaklah ia berkata:
“Berilah aku roti, wahai kawan! … Aku seorang kaya pemilik lombong dan istana!…”
Persembahkanlah seratus kantung emas, …
Dan Tuhan akan berfirman: “Persembahkanlah qalbumu!”
Dan Tuhan akan berfirman: “Persembahkanlah qalbumu!”
Dan jika engkau mempersembahkan qalbu (hati) yang mati,
Bagaikan keranda di atas pundakmu, …
Tuhan akan bersabda,...
“Persembahkanlah qalbu yang hidup!"
"Persembahkanlah qalbu yang hidup!”
"Persembahkanlah qalbu yang hidup!”
Jika engkau tidak mempunyai ‘ilmu dan hanya persangkaan,
Milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan. Itulah jalannya!
Jika engkau hanya mampu merangkak, merangkaklah kepada-Nya!
Jika engkau tidak mampu berdoa dengan khusyuk’…
Persembahkanlah doamu yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;…
Kerana Tuhan dalam rahmat-Nya menerima mata wangmu yang palsu.
Jika engkau mempunyai seratus keraguan mengenai Tuhan,…
Kurangilah jadi sembilan puluh saja. Itulah jalannya!
Wahai pejalan!
Walaupun telah seratus kali engkau ingkar janji,...
Datang dan datanglah lagi!
Kerana Tuhan telah berfirman,...
“Ketika engkau mengangkasa atau pun terperosok dalam jurang,…
Ingatlah kepada-Ku,
Kerana Akulah Jalan itu.”
[ Syeikh Jalaluddin Rumi ]
No comments:
Post a Comment