Monday, 27 February 2017

Sisa

Tersentuh dan sentap...

Mengapa beri sisa kepada Allah?

Kadang-kadang dalam kesibukan kita hanya memberikan sisa-sisa masa, tenaga dan keinginan kita sahaja kepada Allah SWT. Bukan yang berkualiti kita persembahkan kepada-Nya. Kita siapkan tugasan kita dahulu, kita tengok tv dahulu, kita habiskan perbincangan dahulu, mesyuarat dahulu. Kita anggap itu amat penting. Selepas itu barulah kita nak solat.
Dalam masa yang tersisa itupun kita masih berkira-kira dengan Allah. Nak duduk berzikirpun rasa cukup berat, nafsu rasa berat, kita rasa nak cepat saja.
Itulah nilai yang kita sembahkan kepada-Nya sedangkan Dialah yang mencipta dan menentukan ke mana kita nanti.

(Nukilan Ustazah Norhafizah Musa)

No comments:

Post a Comment