HAKIKAT KALIMAH SYAHADAH
Adapun kalimah syahadah ini hendaklah dijadikan darah daging kita pada siang malam selama 24 jam. Ertinya hidup kita, mati kita, dan bangkit kita di hari kiamat nanti adalah dengan kalimah syahadah jua.
Di samping itu, diingatkan bahawa di dalam kalimah tauhid ini juga mengandungi 24 huruf semuanya bagi menandakan kehidupan manusia adalah 24 jam dalam sehari semalam.
Oleh itu, janganlah dipisahkan sama sekali dua kalimah syahadah di dalam kehidupan kita, jika ingin menjadi manusia yang diredhai Allah di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment