RAHMAT & REDHA ALLAH
perkongsian dari Kalam Sufi
perkongsian dari Kalam Sufi
Pada suatu hari Allah telah memerintahkan Nabi Musa AS untuk berjumpa dengan seorang abid atau ahli ibadah yang sangat tekun beribadah di atas satu bukit. Hamba itu siang malam beribadah sambil makan & minum dari rezeki Allah dari pohonan & air hujan & sungai. Allah telah memerintahkan Nabi Musa AS agar memberi tahu kepada abid itu bahawa beliau adalah ahli neraka.
Lalu Nabi Musa AS pun beredar sambil membawa pesanan dari Allah. Dari jauh kelihatan abid itu sangat tekun beribadah. Nabi Musa AS semakin hampir dan akhirnya sampai kepada abid itu, tetapi abid itu tetap sibuk dengan zikir & pertapaannya sehingga tidak mempedulikan Nabi Musa AS sama sekali. Lalu Nabi Musa AS menegur abid itu;
"Wahai abid, aku ini Musa. Aku membawa pesanan dari Allah. Allah telah berpesan bahawa engkau ini adalah ahli neraka"
Lalu abid itu terus bangun dan menari-nari kegembiraan lantas tersenyum bahagia tanpa ada sedikit perasaan sedih atau pun gusar sama sekali.
Nabi Musa AS merasa hairan lalu bertanya kepada abid itu "Engkau telah beribadah selama beratus tahun tetapi Allah telah memasukkan engkau ke dalam neraka, malah engkau pula bergembira. Mengapakah demikian, wahai abid"
Lalu abid itu menjawab "Aku beribadah kerana cinta kepada Allah, bukan kerana syurga & neraka. Dalam ribuan & jutaan makhluk, Allah telah memberi perhatian kepada aku yang hina dina ini, Dia melihat & memperhatikan aku, justeru aku sangat gembira & berterima kasih kepadamu & bersyukur kepada Allah. Cukuplah pesanan ini untuk aku. Syurga & neraka tidak aku pedulikan sama sekali. Hanya Allah sahaja, cukup buatku."
Lalu Nabi Musa AS pulang, dengan penuh kekeliruan & serba salah. Seribu satu persoalan bermain di benak fikiran beliau.
Nabi Musa AS kemudian berjumpa Allah, lalu menceritakan kepada Allah tentang kisah abid itu. Lalu Allah nenjawab;
"Wahai Musa, lihatlah hambaKu itu. Walaupun aku ingin memasukkan dia ke dalam neraka, tetapi dia masih bergembira. Kerana dia cinta akan Aku. Sesungguhnya Aku sama sekali tidak memandang ibadah dia, tetapi Aku memandang hatinya yang sangat mencintai aku. Sekarang engkau pergi kepadanya, katakan kepada ahli-Ku itu;
"Sekarang Allah sudah masukkan engkau ke dalam syurga"
No comments:
Post a Comment