HAKIKAT SOLAT
Salam sejahtera saya ucapkan buat Tuan² dan Puan² yang mengikuti page ini. Semoga semua diberkati dan dirahmati oleh Allah Azzawa Jalla. Pada hari yang berbahagia ini, mari kita teruskan pelajaran Ilmu Hakikat kita dengan tajuk "Hakikat Solat".
Sesungguhnya di dalam solat fardhu kita 5 waktu sehari semalam itu, terkandung suatu rahsia yang amat besar sekali. Alangkah berbahagia dan beruntung buat mereka² yang faham, bahawa di sebalik perlakuan solat itu, turut membawa simbolik kepada RUKUN ISLAM yang 5. Mari kita tengok satu persatu apakah yang lima itu.
SYAHADAH
bermula hakikat syahadah di dalam sembahyang itu, adalah terdapat di dalam tahiyat awal dan tahiyat akhir. Kita memperakui bahawa kita tidak akan mensyirikkan Allah dengan yang lain dari Allah.

SOLAT
Adapun hakikat sembahyang di dalam sembahyang adalah hakikat pada perbuatan penyaksian kita terhadap diri batin kita dan diri zahir kita di dalam sembahyang. Juga pujian di antara zat dengan sifat.

PUASA
Sementara hakikat puasa di dalam sembahyang adalah meliputi seluruh upacara tersebut, di mana tidak boleh makan, minum, malah seluruh anggota zahir dan batin berpuasa. Mata, telinga, kulit, hati, semua berpuasa.

ZAKAT
Zakat di dalam sembahyang membawa makna pembersihan hati daripada syirik kepada Allah. Di dalam sembahyang sahaja beberapa kali kita mengaku pada Allah bahawa kita tidak akan sekali- kali mensyirikkan Allah.

HAJI
Di dalam ibadah haji, seluruh manusia menuju ke arah yang satu iaitu Kaabah. Begitu juga dengan sembahyang iaitu seluruh sembahyang itu menghadap ke Kaabah. Jikalau di dalam ibadah haji ada tawaf sebanyak 7 kali, maka di dalam sembahyang hakikat tawaf itu letaknya pada surah Al-Fatihah, yang mengandungi 7 ayat.

No comments:
Post a Comment