Tuesday, 28 February 2017

HUBUNGAN INSAN DENGAN ALLAH

HUBUNGAN INSAN DENGAN ALLAH
AWALUDDIN MAKRIFATULLAH
ertinya : awal agama mengenal Allah.
LAA YASIHUS SHALAT ILLA BIL MAKRIFAT ertinya : tidak sah solat melainkan dengan mengenal Allah.
MAN ARAFA NAFSAHU FAKAD ARAFA RABBAHU
ertinya : barang siapa mengenal dirinya, maka sesungguhnya dia mengenal Tuhannya.
ALASTU BIRAB BIKUM QOLU BALA SYAHIDNA
ertinya : Bukankah aku ini Tuhanmu? Betul engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi.
(QS. AL-ARAF 7:172)
AL INSANNU SIRRI WA ANNA SIRRUHU
ertinya : manusia itu RahasiaKu dan akulah Rahasianya.
WAFI AMFUSIKUM AFALA TUBSIRUUN
ertinya : di dalam dirimu mengapa kamu tidak melihat.
ANAHNU AKRABI MIN HABIL WARIZ
ertinya : Aku lebih dekat dari urat nadi lehermu.
LAA NA'BUDU RABBANA LAM YARAH
ertinya : Kami tidak akan menyembah Tuhan kami (Allah) selagi kami tidak melihatnya terlebih dahulu.
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH
Pada alam Ghaibul Ghaib itu, iaitu dalam keadaan antah-berantah hanya Zat semata-mata. Belum ada awal dan belum ada akhir, belum ada bulan dan belum ada matahari, belum ada bintang belum ada sesuatu pun.
Malahan belum ada Tuhan yang bernama Allah, maka dalam keadaan ini, Diri yang punya Zat tersebut telah mentajallikan diri-Nya untuk memuji diri-Nya. Lantas tajalillah Nur Allah dan kemudian tajalli pula Nur Muhammad (Insan Kamil), yang pada peringkat ini dinamakan Anta Ana, (Engkau, Aku), (Aku, Engkau), Ana Anta. Maka yang punya Zat bertanya kepada Nur Muhammad dan sekalian Roh untuk menentukan kedudukan dan taraf hamba.
Lantas ditanyakan kepada Nur Muhammad, Aku ini Tuhanmu? Maka dijawablah Nur Muhammad yang mewakili seluruh Roh, Ya… Engkau Tuhanku. Persaksian ini dengan jelas diterangkan dalam Al-Qur’an surat Al-Araf 7:172:
ALASTU BIRAB BIKUM, QOOLU BALA SYAHIDNA. Ertinya:
Bukan aku ini Tuhanmu? Betul engkau Tuhan kami, Kami menjadi Saksi.
Selepas pengakuan atau persumpahan Roh itu dilaksanakan, maka bermulalah era baru di dalam perwujudan Allah SWT. Seperti firman Allah dalam Hadis Qudsi yang ertinya:
“Aku suka mengenal diriku, lalu aku jadikan mahkluk ini dan aku perkenalkan diriku.
Apa yang dimaksud dengan mahkluk ini ialah: Nur Muhammad sebab seluruh kejadian alam maya ini dijadikan daripada Nur Muhammad tujuan yang punya Zat mentajallikan Nur Muhammad adalah untuk memperkenalkan diri-Nya sendiri dengan diri Rahsia-Nya sendiri. Maka diri Rahsia-Nya itu adalah ditanggung dan diakui amanahnya oleh suatu kejadian yang bernama: Insan yang bertubuh diri batin (Roh) dan diri batin itulah diri manusia, atau Rohani.
Firman Allah dalam hadis Qudsi:
AL-INSAANU SIRRI WA-ANA SIRRUHU
ertinya : Manusia itu RahsiaKu dan Akulah yang menjadi Rahsianya.
Jadi yang dinamakan manusia itu ialah kerana ia mengenal Rahsia. Dengan perkataan lain, manusia itu mengandungi Rahsia Allah. Kerana manusia menanggung Rahsia Allah maka manusia harus berusaha mengenal dirinya, dan dengan mengenal dirinya manusia akan dapat mengenal Tuhannya, sehingga lebih mudah kembali menyerahkan dirinya kepada Yang Punya Diri pada waktu dipanggil oleh Allah SWT. Iaitu tatkala berpisah Roh dengan jasad.
Tambahan Hajri khusyuk: kembali kepada Allah harus selalu dilakukan semasa hidup, masih berjasad, contohnya dengan solat, kerana solat adalah mikraj orang mukmin atau dengan ‘mati sebelum mati’. Firman Allah An-Nisa 4:58:
INNALLAHA YA' MARUKUM AN TUADDUL AMANATI ILAA AHLIHA. Ertinya:
Sesunggunya Allah memerintahkan kamu supaya memulangkan amanah kepada yang berhak menerimanya. (Allah)
Hal tersebut di atas dipertegaskan lagi oleh Allah dalam Hadis Qudsi :
MAN 'ARAFA NAFSAHU, FAQAD 'ARAFA RABAHU.
ertinya : Barang siapa mengenal dirinya maka ia akan mengenal Tuhannya.
Dalam menawarkan tugas yang sangat berat ini, pernah ditawarkan Rahsia-nya itu kepada Langit, Bumi dan Gunung-gunung tetapi semuanya tidak sanggup menerimanya.
Seperti firman Allah SWT Al Ahzab 33:72
INNA ‘ARADHNAL AMANA, ALAS SAMAWATI WAL ARDI WAL JIBAL FA ABAINA ANYAH MILNAHA WA ASY FAQNA MINHA, WAHAMA LAHAL INSANNU. Ertinya :
Sesungguhnya kami telah menawarkan suatu amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan memikulnya dan merasa tidak akan sanggup, lantas hanya manusia yang sanggup menerimanya.
Oleh kerana amanat (Rahsia Allah) telah diterima, maka adalah menjadi tanggung jawab manusia untuk menunaikan janjinya.
Dengan kata lain tugas manusia adalah menjaga hubungannya dengan yang punya Rahsia. Setelah amanat (Rahsia Allah) diterima oleh manusia (diri Batin/Roh) untuk tujan inilah, maka dilahirkan bagi memperbanyak diri, diri penanggung Rahsia dan berkembang dari satu abad ke satu abad, dari satu generasi ke satu generasi yang lain sampai alam ini MENGALAMI KIAMAT DAN RAHSIA ITU KEMBALI KEPADA ALLAH.
"INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJIUN"
Ertinya : Kita berasal dari Allah, dan kembali kepada Allah.

No comments:

Post a Comment