"BUATMU SAHABATKU"
Sahabat,
Andai pertemuan kita diredhai Allah,
Ajarilah aku erti kata tarbiyyah,
Ingatkanlah aku dakwah untuk ummah,
Tunjukkanlah aku jalan yang indah
Sahabat,
Andai pertemuan kita ini takdir ilahi,
Pimpinlah aku ke syurga abadi,
Sedarkan aku godaan duniawi,
Jauhkan aku dari dosa dosa keji
Sahabat,
Jika aku hanyut dibuai cinta,
Marahlah aku dengan sentapan kata,
Pesanlah kepadaku azab neraka,
Berilah aku peluang kedua,
Untukku kembali seperti sedia kala
Sahabat,
Pengorbananmu tidak terkira,
Keperibadianmu amat mulia,
Gurauanmu membuatku tertawa,
Tutur katamu lunak bicara
Sahabat,
Jika aku sudah tiada,
Kenanglah aku di dalam doa,
Agar kita tetap bersama,
Walau tidak bersua muka
Sahabat,
Perpisahan itu amat perit,
Perpisahan itu amat pahit,
Perpisahan itu amat sakit,
Namun,kita harus terima hakikat,
Bahawa ini dunia bukan akhirat..
No comments:
Post a Comment