Wednesday, 1 February 2017

hakikat diri

Assalamualaikum kepada kekasih-kekasih Allah.........
Diri sebenar-benar diri itu, bukanlah jasad dan bukannya anggota tubuh. Diri sebenar-benar diri itu, adalah diri yang berada di dalam diri. Jesteru itu, kenapa tidak dicari kenapa tidak dikenal. Carilah diri sebenar-benar diri di dalam diri sendiri.
Allah sebenar-benar Allah itu, bukan huruf, bukan suara dan bukan nama. Allah sebenar-sebenar Allah itu, adalah tuan kepada tuan yang empunya nama Allah itu pula, bukan terletak pada diri. Carilah Allah yang sebenar-sebenar Allah pada Allah itu sendiri.
Kenal diri rata-rata, agar mengenal Allah yang nyata. Jalan atau kaedah untuk mengenal diri dan mengenal Allah itu, hendaklah sampai ketahao "Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri".
Belajarlah ilmu makrifat, belajarlah ilmu makrifat dan belajarlah ilmu makrifat, kerana ilmu makrifat itu, adalah satu-satunya jalan, satu-satunya dan satu-satunya kaedah untuk sampai kepada tahap mengenal diri dan mengenal Allah. Oleh itu, kajilah, koreklah, galilah, dalamilah, amatilah, selamilah dan hayatilah...............................mm
Amin drp Layang-layang Terputus Talinya.

No comments:

Post a Comment