Sunday, 26 February 2017

[TIADA YANG WUJUD SELAIN ALLAH]

Assalamualaikum, kekasih-kekasih Allah..
"LA MAUJUD BIL HAQQI ILALLAH"
[TIADA YANG WUJUD SELAIN ALLAH]
Jika engkau memandang segala sesuatu itu sebagai makhluk.. Nescaya pandangan kamu itu akan dikaburi dengan sifat kebencian, kekotoran, kelemahan, dan ketidak sempurnaan.. Kerana sifat makhluk itu lemah dan tidak sempurna..
Namun, jika engkau memandang segala sesuatu itu sebagai Allah.. Nescaya pandangan kamu itu akan menjadi pandangan yang bersifat cinta, kasih sayang, kelembutan, dan penuh kesempurnaan.. Kerana Allah itu sifatnya Maha Sempurna..
Ingatlah, wahai saudaraku.. Allah itu indah, dan suka pada keindahan.. Allah itu penyayang, dan suka kepada kasih sayang.. Dan Allah itu adalah hakikat segalanya.. Dan Dia amat mencintai manusia yang selalu menyatakan sifat-sifat diriNya.. Amiin²

No comments:

Post a Comment