AKU MENYATAKAN DIRIKU
AKU adalah kalimah mufrad (satu) dan ia tidak mewakili mana-mana jenis samada lelaki atau pun wanita dan ia melepasi anggapan itu..
AKU adalah satu hal yang tidak ada padanya gambaran yang nyata kerana ia bersifat tidak nyata, dan sesungguhnya AKU itu adalah satu rahsia yang di tajallikan oleh Allah dan ia menjadi penyata bagi Zatullah.. AKU adalah merupakan Sifat Ketuhanan yang terbit dari Allah Yang Maha Kuasa..
Padanya pula terdiri akan Sifat-Sifat Kebesaran Allah kerana ia (aku) itu adalah Bernyata bagi Zat Allah atau dengan kata lain dia (aku) itulah Kenyataan Allah..
Sesungguhnya Zatullah itu tidaklah dapat kita ketahui akan keadaan dirinya dan jauh sekali untuk kita mengatakan dia itu berupa dan macam-macam lagi, kerana ia "LAISA KAMISLIHI SAI’UN"… Tidak menyerupai dengan sesuatu apa pun.. Oleh kerana itulah Allah mahu memperkenalkan DIRINYA maka ia telah menyatakan akan Sifat Ketuhanan nya dan ia yang bernama AKU..
Dalam ilmu hakikat, AKU ini digelarkan oleh mereka dengan nama "AMAR ROBBI"… Urusan Allah, dan ia membawa makna kepada keadaan Allah padanya.. Perlu diingat AKU itu bukanlah Allah akan tetapi ianya Penyata yang dinyatakan Allah agar ia nyata, maka apabila ia (aku) nyata maka nyatalah Kebesaran Allah itu, kerana kalau ia tidak nyata maka Kebesaran Allah tidak akan nyata dan kita tidak akan tahu yang Allah itu ada walaupun ia ada..
Di dalam ilmu yang kita pelajari ini, saya ingin menyatakan bahawa AKU itu adalah Ketuhanan dan ia merupakan titik pertama yang dinyatakan Allah pada jasadku ini.. Apabila ia berada di dalam badan diri ini maka ia telah menjadi DIRI pula..
AKU yang tadinya merupakan titik atau noktah awal kini telah berkembang menjadi DIRI dan diri itulah Cahaya Ketuhanan yang dinyatakan Nya daripada nyatalah (AKU) mendatangkan kehidupan kepada badan kita ini..
Pada AKU itu ada berbagai-bagai rahsia dan ia merupakan satu Khazanah Allah kepada kita ini.. Asal kita mahu pasti kita akan dapat sesuatu darinya tetapi dengan syarat kita mesti mengenal dan mengetahui akan keadaaannya..
AKU yang tidak berupa dan bertampan ini hanya mampu kau tahu sahaja kerana ianya satu hal yang terahsia pada keadaan sifat kezahiran rupa paras dan bentuk..
Oleh itu kau hanya mampu tahu dan merasai sahaja akan keberadaanku pada badan dirimu itu.. AKU merupakan induk kepada kehidupanmu itu, tanpaku kau akan mati..
Anak-anakku… Saudaraku.. Ketahuilah olehmu bahawa AKU itu adalah Ketuhanan dan padanya ada beberapa Sifat yang telah digantungkan oleh Allah bagi menyatakan dan mendalilkan akan Kebesaran Allah dan dengan nya (sifat) ia dapat mentadbir alam badan diri ini. Sifat-sifat itu adalah…
1) hayat
2) ilmu
3) qudrat
4) iradat
5) samak
6) basar
7) kalam
2) ilmu
3) qudrat
4) iradat
5) samak
6) basar
7) kalam
Inilah Sifat-Sifat Nya dan ia dipangil Sifat Ma’ani.. Sebenarnya sifat-sifat ini ada pasangannya dan ia terzahir dari pasangan itu.. Siapakah pasangannya itu? Pasangannya itu adalah Sifat Maknawiah iaitu…
1) hayyun
2) alimun
3) qadirun
4) muridun
5) samiun
6) basirun
7) mutakallimun
2) alimun
3) qadirun
4) muridun
5) samiun
6) basirun
7) mutakallimun
Sifat-sifat ini adalah pasangannya dan ia menunjukan akan keadaan Allah pada Kebesaran Nya itu… Maka jelaslah bagi kita ini bahawa AKU itu membawa faham kepada kita dengan makna Ketuhanan (Kenyataan Allah)..
Adalah Zat dan Sifat itu sebenarnya tidak terpisah dan saya tidaklah mengatakan ianya terpisah akan tetapi dalam menyatakan kalimah AKU ini saya menyatakan ianya adalah penyataan.. Umpama lampu suluh mengeluarkan cahaya dan menyuluh dinding, cahaya pada dinding itu adalah cahayanya dan cahaya pada cermin lampu itu pun cahayanya.. Oleh itu adakah cahaya yang berada pada dinding itu terpisah dari lampu dan cahaya pada cermin lampu itu…?
Tentu tidak bukan, walaupun ianya berjarak dengan jarak yang jauh, kerana ianya adalah tali bertali dari punca yang sama.. Maka tali itulah bagi AKU ianya Sifat Ma’ani dan tali bagi penyambungnya itu adalah Sifat Maknawiah dan ia dari Allah jua datangnya.. "MANLA YAKRIF FALA YAKZUK"… Barang siapa tak mengenal maka tak akan merasai..
Anak-anakku, kau perlu meletakkan fahamanmu itu dalam hal ini kepada kedudukan AKU kerana itulah asal dirimu dan asal di sebalik asalmu itu adalah dari Zat jua adanya.. Dan semua yang ada ini berasal darinya iaitu daripada ilmunya..
Kau jangan bicara tentang keadaan zat Allah kerana kau tak mampu untuk itu, cukuplah kau bicara tentang AKU kerana ia adalah asal mula dirimu dan darinya dirimu terbit,. Kata orang bijak pandai “mengenal diri mengenal Allah” dan AKU itulah Zat bagi diri dan diri itu adalah kenyataanku..
AKU… Adalah kenyataan Allah dan ia adalah sifat kesempurnaannya, apabila AKU menerima badan maka diriku terbit mendatang pula dan aku lenyap di dalamnya, itulah saya mengatakan ianya adalah zat diri, bukan zat Allah.. Kerana AKU adalah AKU dan AKU bukan Allah dan Allah adalah Allah dan Allah bukan AKU, akan tetapi AKU datangnya dari Allah..
AKULAH… Ketuhanan..
Renungilah olehmu dengan pandangan basyirahmu agar kau tahu dan mengerti dan temuilah AKU.. Kehidupan yang kita ada ini merupakan dalil penyataan af’al (perbuatan) AKU yang mana ia terjadi melalui proses-proses semulajadi. AKU… Yang menanggung amanah dari Allah membawa dan menerima suatu tugas
No comments:
Post a Comment