Wednesday, 1 February 2017

hakikat bayang

Assalamualaikum kepada kekasih-kekasih Allah.............
Diri kita tak ubah seumpama bayang. Diri kita dengam yang empunya bayang itu, seumpama bayang yang di dalam cermin. Hendaklah kita bawa kiasan bayang itu kepada diri kita sendiri. Letakkan diri kita selaku bayang, yang tidak ada apa-apa hak, melainlan semuanya hak kita itu adalah menjadi milik tuan yang empunya bayang. Diri atau jasad kita ini tidak ubah hanya sekadar penyata kepada tuan yang empunya bayang (kita ini adalah penyata bagi Allah).
Kita tidak memiliki apa dan kita tidak mempunyai apa-apa, melainkan semua dan segalanya adalah menjadi milik tuan yang empunya bayang iaitu Allah Taala. Mencari Allah disebalik makhluk itu, bukan bererti mencari Allah disebalik sifat tubuh badan (anggota jasad) kita. Mencari Allah disebalik makhluk itu, ertinya hendaklah kita mencari Allah disebalik sifat kudrat, hendaklah kita mencari Allah disebalik kudrat, iradat, sama', basar, kalam, hayat dan mencari Allah disebalik sifat ilmu.
Kalau kita mencari Allah disebalik sifat anggota tujuh, sampai 67 kiamat kali pun kita akan dapat bertemu Allah. Sebaliknya kalau tuan-tuan mencari Allah disebalik sifat-sifat di atas (sifat maani dalam sifat dua puluh), pasti tuan-tuan akan bertemu dan mengenal Allah.
Amin drp Bahtera Usang Tiada Kemudi.

No comments:

Post a Comment