PERHIASAN YANG INDAH
Rasulullah s.a.w. menggambarkan Ilmu Hakikat dan Ilmu Makrifat itu sebagai “Haiatul Maknun” yang membawa erti “Perhiasan yang sangat indah”. Sebagai mana hadis yang dibawakan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Sesungguhnya sebahagian ilmu itu ada yang diumpamakan seperti perhiasan yang indah dan selalu tersimpan yang tidak ada seorang pun yang mengetahui kecuali para Ulama Allah. Ketika mereka menerangkannya maka tidak ada yang mengingkari kecuali orang-orang yang biasa lupa (tidak berzikir kepada Allah)”.
[H.R. Abu Abdir Rahman As-Salamy]
No comments:
Post a Comment