Tuesday, 31 January 2017

nasihat

http://othmandraman.blogspot.com/2015/07/tasawuf-panjang.html

*🔱SEBUAH NASIHAT SILAM🔱*
_*☘Ilmu Ilmu Silam Yang Hilang☘*_
➰🍀➰🍀➰🍀➰🍀➰
Bismillah : saat sedang mencari bahan buat sebaran group tentang _sejarah ringkas kaum Sufi_ di era zaman Salaf (Umat Salafussoleh) selepas berakhirnya zaman para Sahabat r.a bahan penulisan di google _(atas sebab malas nak menyalin kembali kisah  ini dari kitab kitab lama dan malas nak menulis)_

Secara tak sengaja saya berjumpa semula penulisan lama saya yang dikongsikan oleh salah sorang ahli group _Syed Alwi @ tuan Kalam Qadim_ di blog beliau, saudara _Othman Draman._

Jadi saya memanfaatkan kembali ia sebagai bahan ulang siaran bagi perkongsikan buat ahli yang baru dengan membuat sedikit penyuntingan data. Sebenarnya penulisan ini dah lama hilang dari simpanan saya atas sebab tidak menyimpannya.

Dan begitu jugalah dengan ilmu ilmu Tasawuf dan ajaran kaum Sufi pada zaman silam, ilmu ilmu yang disampaikan itu tidak semua dibukukan di dalam kitab kitab silam.

Ia adalah ilmu penyampaian dari mulut ke mulut hingga sumber asalnya ilmu ilmu tersebut tidak diketahui dan ia juga akan "hilang" dengan tampa diketahui.

Hanya dapat dimanfaatkan buat umat pada zaman itu sahaja (zaman silam), tapi apabila ia tidak ditulis dan dikitabkan, maka ia akan hilang selamanya atas sebab si penyampai ilmu _(ilmu ilmu yang bersumber dari langit asal datangnya - Laduni @ ilham Allah)_ telah diwafatkan Allah.

Menjadilah ia ilmu ilmu silam yang telah _"diangkat kembali"_ kelangit dengan matinya orang orang yang menyebarkan ilmu ilmu Allah tersebut.

Rasulullah SAW menyebutnya sebagai _di akhir zaman di mana ilmu ilmu yang telah di angkat Allah kembali ke langit_ atas sebab tidak semua ilmu Allah itu dibukukan pada masa silam buat kemanfaatan umat di akhir zaman ini.

ilmu Allah tidak akan hilang. Tapi yang akan hilang adalah golongan penyampai penyampai ilmu ilmu Allah ini. Maka setiap ilmu ilmu yang ada para hari ini di sisi di sekeliling kamu, jika ia tidak dikutip dan diambil kemanfaatannya dan disebarkan, maka ia akan menjadi ilmu ilmu yang hilang buat umat di zaman mendatang.

Apa yang telah berlaku pada umat silam (ilmu yang hilang), akan juga berlaku buat umat pada zaman 50 tahun mendatang. Apa apa yang kamu baca (ilmu) pada hari ini, "sebahagian" besar daripadanya tidak lagi akan 'dijumpai' oleh umat zaman mendatang.

Ulama Fekah akan ada pada setiap zaman dan pada zaman mendatang. Tetapi tiada _'Kalam Qadim'_ yang kedua buat umat zaman mendatang.

_'Kalam Qadim'_ yang saya maksudkan adalah _"Si Penyampai Nasihat"_ dan akan ada nasihat nasihat pad hari ini yang tidak akan didendngkan lagi buat umat di masa mendatang.

Kamu sangat beruntung jika masih ramai _"penasihat penasihat"_ berada di sekeliling penghidupan kamu. Mereka adalah *"Pelita Zaman"* 🔱
_PMS®Riau Nusantara Asia©_
_*Pagi Jumaat 27.January.2017*_

No comments:

Post a Comment